Setelah hampir sedekad dibangunkan, Xiaomi nampaknya telah bersedia untuk menyenaraikan syarikat mereka di Hong Kong Stock Exchange dengan IPO bernilai $10 bilion (RM39.3 bilion) beserta penilaian sehingga $100 bilion.

Melihat kepada perkembangan semasa, syarikat ini nampaknya positif dengan penjualan smartphone keluaran jenama ini selepas berjaya menjual 91.4 juta smartphone pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah penjualan 55.4 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pengguna serta penjualan smartphone, Lei Jun selaku CEO syarikat ini mengatakan syarikat ini komited untuk menawarkan kesemua smartphone mereka dengan margin keuntungan sebanyak 5% sahaja. Dalam erti kata lain, smartphone canggih dengan harga mampu milik antara menjadi keutamaan syarikat ini.

Dari segi pengiklanan, Xiaomi telah berjaya menerima jumlah pendapatan sebanyak $1.6 bilion dalam masa satu bulan. Pemilihan untuk memasuki IPO ini membolehkan syarikat ini menawarkan lebih banyak model serta variasi buat para pengguna sekaligus meningkatkan infrastruktur R&D syarikat ini. Sebuah pencapaian yang sangat membanggakan buat syarikat yang baru sahaja melangkah tahun ke-8.

Sumber