Industri gaming pada telefon pintar semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Malah, pengenalan game yang dipertandingkan pada peringkat e-sukan antarabangsa merancakkan lagi industri ini.

Bersempena dengan peningkatan pengguna yang mula memfokuskan kepada permainan telefon pintar, Xiaomi menerusi siri Black Shark telah memperkenalkan model gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 2.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Black-Shark-2-1280×720
Sumber: pocketnow

Dari segi spesifikasi Xiaomi Black Shark 2 hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED. Penawaran skrin tanpa sebarang takuk sekaligus memberikan pengalaman bermain game yang lebih selesa buat para pengguna.

Processor yang digunakan pada Xiaomi Black Shark 2 adalah Snapdragon 855 dan dibantu dengan RAM 12 GB serta GPU Adreno 640. Sokongan QuickCharge 4.0 bagi bateri berkapasiti 4,000mAh pastinya mempercepatkan tempoh pengecasan.

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, model ini turut memberi penekanan pada bahagian kamera dengan penyertaan dwi-kamera 48-megapixel dan 12-megapixel manakala kamera hadapan dengan 20-megapixel. Model ini turut ditawarkan bersama beberapa aksesori khas khususnya untuk bermain game.

Model yang bakal mula ditawarkan pada bulan April ini nampkanya sudah mula dipra-tempah melalui salah pengedar dimana Xiaomi Black Shark dengan 8GB RAM dan 128GB ruang storan sudah mula ditawarkan pada harga RM2,499 sahaja. Model berspesifikasi tinggi dengan 12GB RAM dan 256GB pula mula ditawarkan pada harga RM2,999.

Adakah berbaloi? Sekiranya anda merupakan seorang gamer dan mahukan spesifikasi yang hebat beserta rekaannya yang memukau, mendapatkan Xiaomi Black Shark 2 merupakan pilihan yang berbaloi. Pastinya anda tidak mempunyai masalah untuk bermain game berspesifikasi tinggi setidaknya untuk dua ke tiga tahun ini.

Baca lagi: Xiaomi Black Shark Boleh Didapatkan Dengan Harga RM1,599

Sumber