Mula ditawarkan sebagai sebagai telefon pintar gaming menerusi siri gaming, model Xiaomi Black Shark terus mendapat tempat dikalangan gamer dimana pada kali ini Xiaomi telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Black 2 Pro.

Menerusi model terbaru ini, Xiaomi telah menawarkan penambahbaikan daripada segi rekaan dan spesifikasi dalam usaha untuk menawarkan yang terbaik untuk para gamer. Sebanyak tiga warna ditawarkan pada kali ini merangkumi warna Shadow Black, Gulf Blue dan Iceberg Blue.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →
BlackShark2-1280×720

Sumber: mightygadget

Dari segi spesifikasi, model gaming ini sememangnya ditawarkan dengan spesifikasi yang tinggi khusus untuk penggunaan gamer yang ekstrim. Model ini disertakan dengan procesossor Snapdragon 855 Plus beserta RAM 8 atau 12 GB. Ruang storan yang ditawarkan pula hadir dengan saiz 128 atau 256 GB.

Paling menarik perhatian kami sudah pastinya penyertaan teknologi touch sensing 240Hz. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan Master Touch untuk getaran yang lebih kuat, mod Ludicrous untuk fungsi overclock CPU dan GPU serta sokongan HDR. Para pengguna turut menerima GamePad menerusi set global.

xiaomi-black-shark-2-pro

Sumber: androidauthority

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi hebat semata-mata, model ini turut memeberi penekanan kepada bahagian kamera dengan gabungan lensa 48-megapixel dan 13-megapixel. Kamera hadapan pula hadir dengan lensa 20-megapixel. Penyertaan sokongan pengecasan pantas 27W untuk bateri berkapasiti 4,000mAh pastinya memudahkan gamer untuk mengecas model ini.

Xiaomi nampaknya sekali lagi berjaya menawarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga yang berbaloi dan sedikit rendah berbanding pesaing. Harga rasmi bagi model ini adalah RM2,499 untuk model 8GB RAM dan 128 GB ruang storan manakala model 12GB RAM dan 256GB ruang storan ditawarkan pada harga RM2,999. Pembeli terawal di Shopee bakal menerima power bank Black Shark bernilai RM99 secara percuma.

Kami kongsikan lebih banyak artikel berkaitan produk keluaran Xiaomi. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

BlackShark 2 Pro, Telefon ‘Gaming’ Mampu Milik Terbaru Daripada Xiaomi

15 Juta Xiaomi Redmi Note 7 Berjaya Dijual Dalam Jangka Masa Enam Bulan

Xiaomi Mi Band 4 Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM115

Anda Mungkin Suka