Industri telefon pintar gaming  nampaknya semakin mendapat tempat di hati pengguna. Penggunaan spesifikasi yang berkuasa tinggi antara ciri yang membuatkan telefon pintar jenis menjadi pilihan untuk bermain game. Tambahan pula dengan pertambahan game yang dipertandingkan dalam industi e-sukan, penggunaan gaming smartphone tampak lebih releven berbanding dahulu.

Terbaru, nampaknya Lazada mula menawarkan promosi buat model Xiaomi Black Shark. Meskipun model ini merupakan model tahun lalu, pada kami apa yang ditawarkan berdasarkan harganya ianya dilihat releven untuk didapatkan buat mereka yang aktif bermain game.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Spesifikasi

gsmarena_002

Xiaomi Black Shark dilengkapkan dengan processor Snapdragon 845 beserta Adreno 630 untuk GPU. Skrin bersaiz 5.99-inci Full HD+ dengan nisbah 18:9 pastinya berjaya berjaya menawarkan kepuasan buat para pengguna.

Dua variasi model yang ditawarkan hadir dengan RAM 6GB dengan storan 64GB, manakala variasi yang lebih high spec ditawarkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Kapasiti bateri yang disertakan pada model ini adalah sebesar 4000 mAh.

Ciri-ciri menarik

201804140526494303

Apa yang membezakan Xiaomi Black Shark berbanding smartphone ialah penawaran aksesorinya. Melalui model ini, Xiaomi telah memperkenalkan Black Shark Gamepad. Berfungsi seakan Nintendo Switch, gamepad ini bakal membolehkan anda bermain game dengan lebih mudah khususnya gamemelibatkan FPS dan bola sepak.

Melayari aplikasi game sudah tentunya membuatkan smartphone akan lebih cepat panas. Sebagai usaha untuk membuatkan Xiaomi Black Shark kekal sejuk, Xiaomi telah menyertakan sistem liquid cooling. Dikatakan sistem ini mampu menyejukkan smartphone sehingga 8 darjah celcius.

Harga

xiaomi-blackshark-1

Mengulas mengenai harga, memandangkan model ini merupakan model tahun 2018 maka harga yang ditawarkan juga agak rendah dan berbaloi untuk didapatkan. Xiaomi Black Shark dengan 6 GB RAM dan 64 GB ruang storan mula dijual dengan harga RM1,599. Manakala model dengan 8 GB RAM dan 128 GB ruang storan ditawarkan pada harga RM1,799. Klik disini untuk mendapatkan Xiaomi Black Shark.

Pada kami harga yang ditawarkan sudah cukup berbaloi untuk didapatkan lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan seorang pengguna telefon pintar yang kerap bermain game seperti PUBG, Mobile Legend dan sebagainya.

Sekiranya anda mahukan model yang lebih berspesifikasi tinggi dan tidak kisah untuk berbelanja sedikit tinggi, anda boleh mendapatkan model terbaru Xiaomi Black Shark Helo yang ditawarkan pada harga yang lebih tinggi.