Bila sebut Mercedes, automatik kita akan bayangkan kenderaan-kenderaan mereka yang bernilai ratusan ribu ringgit. Tapi kini anda boleh memiliki kenderaan Mercedes dengan harga mampu milik.

Baru-baru ini Mercedes AMG F1 telah bekerjasama dengan Xiaomi untuk menghasilkan sebuah skuter elektrik boleh dilipat yang dikenali sebagai Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1 Team Edition.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-mi-mercedes-benz-skuter-5
Sumber Gambar: Xiaomi
vocket-mi-mercedes-benz-skuter-7
Sumber Gambar: Xiaomi

Skuter dikuasakan dengan bateri bersaiz 12,400mAh ini mampu bergerak sejauh 45km pada kelajuan maksima 25km/j dengan sekali caj sahaja. Tempoh untuk satu pengecasan penuh memakan masa kira-kira 8-9 jam.

Dimensi skuter ini pula mempunyai ketinggian 1.18 meter dan panjang 1.13 meter. Manakala beratnya pula hanyalah 14.2kg. Skuter ini menggunakan kombinasi warna hitam, kelabu, hijau dan putih sebagai warna utama sama seperti warna yang digunakan oleh AMG Petronas Formula One Team.

vocket-mi-mercedes-benz-skuter-8
Sumber Gambar: Xiaomi
vocket-mi-mercedes-benz-skuter-9
Sumber Gambar: Xioami

Xiaomi sangat menitik beratkan ciri-ciri keselamatan pada skuter elektrik ini dengan meletakkan lampu depan yang mempunyai kecerahan tinggi, reflektor di bahagian depan, belakang dan sisi supaya lebih senang dilihat pada waktu malam.

Untuk sistem brek pula, Xiaomi telah meletakkan dua jenis brek iaitu ventilated disc brake dan eABS regenerative anti-lock brake. Kedua-dua tayar bahagian hadapan dan belakang menggunakan tayar pneumatik 8.5 shock yang menyerap hentakkan untuk memastikan penggunaan yang lebih selesa.

vocket-mi-mercedes-benz-skuter-10
Sumber Gambar: Xiaomi
vocket-mi-mercedes-benz-skuter-11
Sumber Gambar: Xiaomi

Harga jualan untuk sebuah skuter elektrik ini bernilai RM3,933 sahaja. Setakat ini masih belum diketahui bila skuter Mercedes-AMG Petronas F1 Team EditionĀ akan masuk ke pasaran tempatan secara rasmi oleh Xiaomi Malaysia.

Memandangkan kenderaan elektrik sudah menjadi satu trend di Malaysia, inilah peluang untuk anda memiliki sebuah kenderaan elektrik mampu milik yang mempunyai logo Mercedes pada bahagian badan skuter tersebut.

Baca lagi artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Tesla Mahu Bangunkan ‘Power Bank’ 100MW Gergasi Di Indonesia

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

Sumber