Trend penggunaan ‘wearables‘ semakin meningkat naik. Tidak cukup sekadar untuk mendapatkan notifikasi atau info di telefon pintar yang mempunyai saiz yang besar, kehadiran Apple Watch dan Android Wear berjaya menyelesaikan masalah ini dengan rekaan yang moden dan minimalis.

Xiaomi pada hari ini, telah mengumumkan sebuah lagi jam pintar keluaran mereka iaitu Amazfit. Tidak seperti Xiaomi Mi band yang sebelum ini hadir dengan material getah serta dikhususkan buat mereka yang rajin bersukan, Amazfit sebenarnya merupakan sebuah jam tangan pintar yang lengkap fungsinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

xiaomi_amazfit_2

Dari segi badannya, Amazfit disertakan dengan material ceramic. Fungsi scratch proof dan sokongan IP67 kalis air menunjukkan Xiaomi Amazfit merupakan jam yang flexible untuk digunakan pada bila-bila masa.

Dari segi paparan, Xiaomi Amazfit disertakan dengan skrin 1.34-inci dengan resolusi 300 x 300 pixel. Agak menarik untuk menyaksikan spesifikasi yang ditawarkan Xiaomi pada jam pintar terbaru mereka. Penggunaan cip pemprosesan 1.2GHZ dual-core beserta RAM 512MB pastinya membuatkan Amazfit tidak mempunyai masalah untuk beroperasi dengan smooth.

huami-amazfit

long-awaited-xiaomi-amazfit-smartwatch-with-gps-007

Satu perkara yang membezakan Xiaomi Amazfit berbanding Xiaomi Mi Band adalah penyertaan fungsi GPS. Pihak Xiaomi juga mengesahkan Xiaomi Amazfit mampu bertahan sehingga 35 jam apabila diaktifkan GPS serta 11 hari untuk kegunaan tanpa GPS.

Dari segi fungsi lain, tidak banyak bezanya Amazfit berbanding Mi Band. Fungsi lain seperti heart rate sensor, activity tracking, Bluetooth 4.0, Wi-Fi serta penggunaan sistem operasi Android melalui aplikasi Mi Fit adalah disertakan. Untung bagi pengguna China, Amazfit turut menyokong pembayaran melalui AliPay, sistem pembayaran daripada Alibaba.

Xiaomi-Launches-the-Amazfit-Watch-in-China

Kami harap Xiaomi dapat menitikberatkan soal quality, material dan pemilihan warna pada keluaran jam pintar akan datang. Hal ini kerana dari segi pemerhatian awal kami, Xiaomi Amazfit berjaya sepenuhnya dari spesifikasi namun gagal untuk tampil eksklusif melalui pemilihan warnanya.

Amazfit kini telah mula dijual di China dengan harga US$125 sekitar (RM510). Adakah harga yang ditawarkan Xiaomi terlalu mahal? Tidak bagi kami. Untuk spesifikasi yang ditawarkan serta bersaing bersama jam pintar yang lain seperti Samsung Gear dan Apple Watch yang beharga ribuan ringgit, harga ditawarkan Xiaomi adalah sangat rendah dan berbaloi.

Sumber