Xiaomi yang pada sebelum ini telah melancarkan kamera aksi 4K dan ultrabook pertama mereka pada hari ini telah maju selangkah dengan mengumumkan kamera mirrorless pertama mereka iaitu Xiaoyi M1.

Untuk pengetahuan anda, Xiaoyi merupakan anak syarikat bagi Xiaomi dimana memfokuskan kepada arena kamera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

screen-shot-2016-09-20-at-4-53-22-am

Xiaoyi M1 hadir dengan kamera 20-megapixel dengan sokongan ISO 25,600. Kebolehan untuk mengambil gambar 50 -megapixel serta merekod video dengan definisi 4K pada kadar 30 frames per second antara selling point yang kami jangkakan untuk Xiaoyi M1 selain harganya yang rendah.

Xiaoyi M1 turut dilengkapi dengan touchscreen 3-inci. Turut Disertakan dengan Bluetooth dan WiFi untuk memudahkan pengguna memuat turun gambar ke telefon lantas dimuat naik ke Instagram.

screen-shot-2016-09-20-at-5-13-45-am

Cubaan Xiaomi untuk meniru rekabentuk jenama terkenal ini bukanlah perkara yang baru. Sebelum ini Xiaomi telahpun menggunakan nama dan konsep yang hampir sama dengan Apple Macbook Air pada ultrabook pertama mereka iaitu Xiaomi Mi Notebook Air.

Seperti yang dapat anda jangkakan daripada Xiaomi, harga diumumkan boleh dikatakan agak rendah untuk kategori mirrorless kamera iaitu 2199 Yuan (~RM1365). Berdasarkan penjualan produk Xiaoyi sebelum ini, kemungkinan Xiaoyi M1 tidak akan dijual secara rasmi di Malaysia serta bakal ditawarkan dengan harga lebih tinggi menerusi beberapa seller yang lain.