Selepas berjaya untuk mengeluarkan telefon pintar, tablet serta alat perkakas rumah termasuk penapis air, pembersih udara, periuk nasi, kini Xiaomi berminat untuk mengeluarkan dron.

Pengumuman Xiaomi mengeluarkan dron ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Xiaomi sudah berjaya mengeluarkan produk-produk lain dengan kualiti dan baik. Pelancaran poster terbaru daripada Xiaomi ini seolah-olah sekadar mengesahkan berita ini.

90a41da1-1dcb-11e6-bb21-fb2820746f09

Xiaomi selaku syarikat yang berpangkalan di China pasti akan mengeluarkan sebuah dron dengan misi untuk mempunyai kualiti setanding dron yang berjanama seperti DJI dengan harga yang lebih rendah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Xiaomi sudah berjaya membuktikannya pada Xiaomi Yi Cam yang berjaya untuk menjadi pencabar terdekat GoPro.

Setakat ini, masih belum terdapat spesifikasi yang sah mengenai dron keluaran Xiaomi namun rekabentuk ini disahkan merupakan dron yang akan dikeluarkan Xiaomi.

image_thumb

s_cea100ed375b4e4783a7e8ffc1f062d0

Apa yang lebih menarik, dron keluaran Xiaomi ini bakal dilengkapi kamera yang mempunyai framerate yang sangat baik dimana mampu merakam 30fps pada paparan 3840*2160 dan 100fps pada paparan HD penuh. Paparan yang besar serta framerate yang tinggi membolehkan anda mendapatkan gambar yang jelas dan tidak pecah-pecah serta rakaman yang lancar.

Pendapat saya, jika Xiaomi mampu mengeluarkan dron pada harga mampu milik yang pada saya tidak mustahil untuk Xiaomi lakukan, dijangka dron ini dapat menguasai pasaran dron mengatasi jenama-jenaman lain khususnya buat pasaran Asia.

Sumber