Sejak mula telefon pintar diperkenalkan, mendapatkan telefon pintar dengan kamera yang baik pastinya antara yang menjadi kriteria orang ramai dalam memilih sesebuah model.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan jenama-jenama pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk hasilkan telefon pintar dengan kamera terbaik. Pada kali ini, keputusan terbaru daripada DxOMark selaku firma menguji kualiti kamera dikeluarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Xiaomi-Mi-10-Ultra-official-2

Siapa sangka, Xiaomi melalui model terbaru mereka iaitu Mi 10 Ultra berjaya muncul sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik mengalahkan Huawei P40 Pro dengan skor 130 markah.

Menurut DxOMark, Xiaomi Mi 10 Ultra berjaya menawarkan kualiti kamera dari segi dynamic range, white balance yang tebaik, bokeh yang cemerlang serta pencahayaan yang mantap. Selain itu, autofocus yang pantas serta penstabilan yang efektif antara yang membuatkan model ini menerima markah yang tinggi daripada DxOMark.

Screenshot-205-e1597159771171

Dari segi spesifikasi kamera, Xiaomi Mi 10 Ultra dilengkapi dengan 48-megapixel kamera utama, 20-megapixel lensa sudut lebar, 48-megapixel lensa periskop 120X zum dan 12-megapixel potret. Kamera hadapan pula ditawarkan dengan sensor 20-megapixel.

Sememangnya sebuah cubaan yang hebat daripada Xiaomi pada kali ini dalam usaha menarik perhatian peminat mobilegrapher.

Screenshot-206-e1597159676743 (1)

Berdasarkan carta yang dikongsikan, top 5 DxOMark nampaknya dikuasai oleh jenama Xiaomi, Huawei, Honor dan Oppo manakala jenama seperti Samsung dan Apple tidak berjaya tersenarai.

Ketahui juga produk Xiaomi baru sahaja dilancarkan pada bulan lalu serta mendapat perhatian ramai menerusi harganya yang mampu milik serta padat dengan fungsi.

Xiaomi Mi Smart Band 5 Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM169

‘Screwdriver’ Mudah Alih Xiaomi Dengan Pengecasan USB-C Ini Ditawarkan Dengan Harga RM125