Selain daripada Samsung Galaxy S7 dan LG G5, Xiaomi Mi 5 antara telefon pintar yang berjaya mencuri tumpuan orang ramai. Terkenal dengan jenamanya yang menjual telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga yang rendah, Xiaomi Mi 5 bakal mengikut trend yang sama.

Xiaomi-Mi-5-Malaysia

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun hadir sedikit lambat berbanding telefon-telefon pintar yang diumumkan pada acara yang sama pada Februari lepas, kehadiran Mi 5 pastinya membuka mata peminat telefon pintar. Apatah lagi dengan harga yang rendah seolah-olah sudah menjadi trademark Xiaomi untuk menampilkan telefon pintar flagship dengan harga yang mampu milik

Seperti telefon pintar 2016 yang lain, Xioami Mi 5 dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, RAM 4 GB, kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 4-megapixel. Penggunaan ROM MIUI dan sistem operasi Android terbaru sudah semestinya buat telefon pintar Xiaomi.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga yang boleh dikatakan agak rendah. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Xiaomi Mi 5 yang bakal dijual 18 Jun ini Dengan harga RM1549. Kami yakin, Mi 5 mampu memberi kepuasan dari segi prestasi kepada penggunanya seperti model-model flagship sebelum ini.

maxresdefault

Sumber