Nampaknya Xiaomi berjaya mencuri perhatian sekali lagi selepas berjaya melancarkan telefon pintar flagship mereka pada harga yang berbaloi dengan tanda harga RM1,599.

Ditawarkan pada harga telefon pintar midrange, Xiaomi Mi 8 berjaya menawarkan spesifikasi yang hampir sama seperti telefon pintar flagship jenama yang lain. Dari segi spesifikasi model ini dilengkapkan dengan processor Snapdragon 845 beserta RAM 6 GB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mi 8_07

Mi 8_09

Menariknya Xiaomi pada kali ini tidak lagi menggunakan paparan FHD sebaliknya beralih kepada paparan OLED daripada Samsung. Skrin 6.21-inci bezelless display antara yang ditawarkan buat model ini.

Turut diperkenalkan di dalam pelancaraan bersama Xiaomi Mi 8 adalah Mi Robot Vacuum. Sebuah mesin hampagas berteknologi tinggi yang hadir bersama 12 sensor dalam membantu membersihkan kediaman anda anda.

Baca lagi: Segalanya Anda Perlu Tahu Mengenai Xiaomi Mi 8 Yang Baru Sahaja Dilancarkan