Xiaomi yang baharu diperkenalkan di Madrid minggu lalu akan masuk ke pasaran Malaysia seawal 3 Ogos ini dengan dua model ditawarkan; 4GB/64GB pada harga RM999 dan 6GB/128GB pada harga RM1,199.

Lebih menarik adalah model Mi A2 ini akan hadir dengan operasi Android One (Pure Android 8.1) serta beberapa lagi features yang hebat antaranya dual camera 12MP + 20MP serta kamera depan 20MP. Ianya juga dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 660 soC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mi a2

mi a3

Ia menggunakan pengecas berasaskan USB-C, turut hadir dengan sokongan pencahayaan lembut untuk swafoto dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Rekaan Mi A2 ini yang nipis sememangnya sedap untuk dipegang. Malangnya, disebabkan mahu menjadi antara yang ternipis, tiada lagi lubang jack untuk earphone anda.

mi a1 a2

mi price

Kami juga sudah cuba model Mi A2 ini sendiri dan pada harga ini, ianya sememangnya sangat murah berbanding telefon jenama lain dengan spesifikasi yang sama dengan Mi A2. Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli telefon baharu, boleh siap sedia 3 Ogos ini. Antara telefon pintar paling berbaloi dengan harga.