Xiaomi kembali lagi. Kali ini syarikat yang berpengkalan di China ini mengumumkan sebuah lagi smartphone terbaru keluaran mereka melalui siri Mi Max iaitu Mi Max 2.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi Mi Max 2 merupakan siri smartphone yang dikeluarkan dengan saiz skrin yang besar begitu juga dengan kapasiti baterinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun apa yang menarik melalui model ini adalah saiz kapasiti baterinya yang lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan iaitu setinggi 5300 mAh. Memang benar kata Xiaomi, Mi Max 2 mampu digunakan sehingga 2 hari untuk satu pengecasan penuh.

Berikut merupakan pandangan awal Vocket mengenai Xiaomi Mi Max 2 yang baru sahaja dilancarkan sebentar tadi.

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, boleh dikatakan design yang digunakan Xiaomi pada Mi Max 2 amat mirip sekali dengan Mi Max yang dilancarkan pada tahun lepas.

Penggunaan material metal masih lagi dikekalkan serta dipadankan dengan skrin bersaiz 6.4-inci. Ya, siri Mi Max memang dikhususkan buat mereka yang mahukan smartphone dengan skrin yang besar. Seperti model tahun lepas, warna-warna seperti silver dan gold antara yang dibawakan pada Xiaomi Mi Max 2.

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi Max 2 turut berkongsi processor yang sama seperti Xiaomi Redmi Note 4 namun dipadankan dengan RAM 4 GB. Dalam erti kata lain, anda boleh dapati kecekapan Xiaomi Mi Max 2 sedikit tinggi berbanding Xiaomi Redmi Note 4.

Memandangkan ianya merupakan smartphone yang baru, Mi Max 2 turut menggunakan sensor kamera yang baru daripada Sony iaitu Sony IMX386. Kamera belakang Mi Max 2 dilengkapi dengan 12-megapixel manakala kamera 5-megapixel digunakan pada bahagian hadapan.

Pihak Xiaomi turut mengesahkan pengguna berpeluang mendapat gambar yang seakan sama seperti smartphone flagship mereka iaitu Xiaomi Mi 6.

Bateri

Satu perkara yang membuat Xiaomi Mi Max tampil unik selain daripada skrinnya yang besar adalah kapasiti baterinya. Xiaomi Mi Max 2 berjaya menyertakan sebuah bateri yang besar bersaiz 5300 mAh di dalam sebuah smartphone.

Pihak Xiaomi juga turut mengesahkan Mi Max 2 mampu digunakan selama 2 hari tanpa masalah untuk satu pengecasan penuh.

Harga

Xiaomi Mi Max 2 dikeluarkan dalam 2 variasi berbeza iaitu dengan model 64 GB dan 128 GB. Setakat ini masih belum terdapat sebarang info model manakah yang bakal memasuki Malaysia. Harga yang ditawarkan di China untuk model 64 GB adalah 1,699 Yuan (~RM1,058.01) manakala model 128 GB dijual dengan harga 1,999 Yuan (~RM1,244.83).

Sekiranya harga penjualan di Malaysia sedikit tinggi berbanding di China, boleh kami katakan smartphone ini masih berbaloi untuk didapatkan buat anda yang mahu skrin yang besar dan ketahanan bateri yang lama.

Penyediaan QuickCharge 3.0 sememangnya antara yang dinantikan pengguna bagi membolehkan smartphone ini dapat dicas dengan pantas. Sangat sesuai buat mereka yang menjalankan bisnes di atas talian dimana ketahanan bateri dan kecekapan smartphone membuat kerja multitask tanpa lag antara yang menjadi keutamaan.