Siri Mi Note daripada Xiaomi seringkali menjadi pilihan ramai khususnya buat mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar dengan spesifikasi yang menarik beserta harga yang berbaloi.

Terbaharu, Xiaomi bakal melancarkan model CC9 Pro atau turut dikenali dengan model Mi Note 10 bagi pasaran antarabangsa dengan spesifikasi yang lebih memukau berserta lima kamera belakang menampilkan sensor 108-megapixel pada kamera utama.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Screen Shot 2019-10-30 at 1.05.20 AM

Sumber: Gadgets NDTV

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi Note 10 bakal disertakan dengan processor Snapdragon 730, sokongan RAM 6GB sehingga 12GB serta ruang storan yang ditawarkan serendah 64GB sehingga 256GB bagi spesifikasi tertinggi.

Skrin yang digunakan pula adalah AMOLED dengan saiz 6.47-inci. Penggunaan bateri 5,170mAh sekaligus membuatkan model ini mampu bertahan dengan lebih lama untuk satu pengecasan penuh.

Menerusi model pada kali ini, Xiaomi dilihat mahu memberi fokus pada bahagian kamera dengan penyertaan sensor 108-megapixel daripada Samsung. Penggunaan sensor ini dikatakan mampu memberikan imej yang terbaik disetiap foto yang diambil meskipun dalam keadaan gelap.

Xiaomi-Mi-CC9-Pro-768 (1)

Turut disertakan bersama adalah kamera telephoto dengan keupayaan zoom 5X,10X serta 50X. Selain itu, turut disertakan kamera khas untuk mengambil gambar potrait serta wide angle shot.

Buat para pengguna Xiaomi pastinya anda tertanya-tanya langkah yang dibuat Xiaomi dalam menawarkan Mi Note 10 selepas hampir empat tahun melancarkan model Mi Note 3. Difahamkan langkah yang dibuat ini sejajar dengan langkah pemasaran untuk berada sejajar dengan pesaing mereka iaitu Samsung yang melancarkan Samsung Galaxy Note 10 beberapa bulan lalu.

Setakat ini masih belum diketahui harga yang bakal ditawarkan Xiaomi di Malaysia bagi model Xiaomi Mi Note 10. Walau bagaimanapun, mengetahui status jenama ini, dijangkakan harga yang mampu milik antara yang bakal ditawarkan.

Xiaomi pada bulan lalu turut melancarkan model gaming mereka iaitu BlackShark 2 Pro dengan harga RM2,499. Turut dikongsikan bersama adalah 10 fungsi WeChat yang mungkin ramai tidak tahu. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Xiaomi Black Shark 2 Pro Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM2,499

Sering Dianggap Aplikasi Murahan, Ini 10 Fungsi Hebat WeChat Yang Ramai Tidak Tahu

 

Anda Mungkin Suka