Jika anda nantikan tablet berkualiti dengan harga yang berpatutan, hari ini ada berita baik untuk anda. Pihak Mi Malaysia telah menerbitkan satu gambar teaser ringkas di halaman Facebook mereka.

Melalui gambar ‘pixel’ dengan ayat akan datang menunjukkan petanda baik peranti ini bakal masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Diperkuatkan lagi dengan pelepasan daripada Sirim baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Xiaomi Mi Pad bakal hadir dengan paparan skrin 7.9-inci, cip pemprosesan Nvidia’s 2.2GHz Tegra K1 yang menjanjikan pengalaman bermain game seperti sebuah komputer desktop, memori 2GB RAM, ruangan storan dalaman 16GB, kamera belakang 8-megapixel manakala kamera depan 5-megapixel. Perlu diingatkan Mi Pad Baru hanya menawarkan sambungan internet melalui signal WiFi sahaja.

Buat masa ini Mi Malaysia masih belum menyatakan tarikh dan harga jualan seunit, sama-sama kita nantikan perkembangan mereka melalui laman rasmi Facebook Mi Malaysia.