Pada hari ini Xiaomi melancarkan 2 telefon pintar mereka iaitu Mi 4s dan Mi 5. Mi 5 lebih mencuri tumpuan memandangkan Mi 5 merupakan telefon pintar flagship terbaru mereka.

Seperti telefon pintar yang lain, Mi 5 juga menggunakan cip pemprosesan terbaru daripada Snapdragon iaitu Snapdragon 820 beserta 4GB LPDDR4.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang membuatkan telefon pintar ini lain daripada telefon pintar yang lain adalah Xiaomi Mi 5 ini dilengkapi dengan ruang storan yang sangat besar iaitu 128GB.

Di bahagian depan telefon pintar, Xioami Mi 5 meletakkan butang pengimbas cap jari besama skrin 5.15-inci 1920 x 1080 Full HD. Kerangka yang nipis di bahagian tepi bakal membuatkan Mi 5 ini seolah seolah tiada sempadan pada bahagian tepi skrin.

Apa yang lebih menarik di bahagian belakang adalah Xiaomi Mi 5 dilengkapi dengan penggunaan seramik beserta rekaan lengkung yang hampir mirip dengan Galaxy S7 Edge untuk memberi keselesaan semasa memegang.

Xiaomi Mi 5 menggunakan sensor terbaru dari Sony iaitu Sony’s IMX298 yang mempunyai 16 megapixel beserta autofocus. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan optical image stabilisation (OIS). Dalam erti kata lain, setiap imej yang diambil akan lebih jelas dan tidak bergetar.

Mi 5 ini menggunakan ROM terbaru daripada MIUI iaitu MIUI 7 dan dilengkapkan dengan Android 6.0 Marshmallow. Dilengkapi dengan bateri 3000 mAh dan disokong dengan Quick Charge 3.0 bakal menjimatkan masa untuk dapatkan satu kitaran cas penuh dengan masa yang singkat. LTE, NFC dan USB Type-C antara ciri-ciri yang terbaru di dalam Xioami Mi 5.

Berdasarkan spefikasi yang ditawarkan, pihak Xioami nampaknya mahu mendapatkan pengguna yang cintakan spefikasi yang canggih dan premium tetapi idamkan telefon pintar yang beharga rendah.

Terdapat 3 variasi untuk Xioami Mi 5 yang dikeluarkan Xiaomi:

  1. Versi Standard 32 GB/ 3GB RAM: (RM1295)
  2. Versi Standard 64GB/ 3GB RAM : (RM1490)
  3. Versi Pro         128 GB/ 4GB RAM: (RM1745)

Harga yang dinyatakan diatas adalah anggaran untuk telefon pintar Xiaomi Mi 5 apabila mula masuk di pasaran Malaysia.

Sumber