Sejak Apple melancarkan siri iPhone 12 pada 14 Oktober lalu, dapat dilihat orang ramai termasuk peminat Apple sendiri kurang senang dengan tindakan Apple untuk tidak menyertakan palam pengecasan atau charger bersama atas alasan untuk menjaga alam sekitar.

Tidak lama selepas Apple berbuat demikian, Xiaomi nampaknya tidak menunggu lama dalam mengambil peluang menawarkan pengecasan 20W setanding yang ditawarkan Apple dengan pengiktirafan MFI.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EkOo-1QUcAAyCVq (3)

ezgif-3-c9f021e48405
palam pengecasan daripada Xiaomi

Menariknya, Xiaomi masih lagi mengekalkan identiti mereka dengan menawarkan pengecasan serendah RM24 sahaja buat bakal pengguna iPhone 12. Sebagai rekod, Apple menawarkan pengecasan 20W dengan harga RM99 tidak termasuk kabel.

Pengecasan yang ditawarkan ini turut berpeluang digunakan pada beberapa lagi peranti dan model telefon pintar lain termasuk iPad Pro dan Nintendo Switch. Sebuah lagi idea yang menarik daripada Xiaomi dengan mencari peluang di sebalik usaha Apple untuk menyelamatkan alam sekitar.

Buat anda yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan model terbaharu iPhone, anda boleh membuat pra-tempahan seawal 6 November ini dan dapatkannya seawal 13 November 2020.

Apple iPhone 12 Dan 12 Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula 13 November

Apple Dilaporkan Menggunakan Cip Snapdragon Pada iPhone 12

4 Model Siri iPhone 12 Dilancarkan Apple Bermula Daripada RM3,399