Sebut mengenai jenama Xiaomi pasti ramai yang cukup tahu tentang jenama yang sering mengeluarkan model telefon pintar dengan harga mampu milik ini. Sekiranya sebelum ini Xiaomi sering mengeluarkan telefon pintar dengan spesifikasi bersesuaian dengan harga yang ditawarkan, pada kali ini Xiaomi ingin menawarkan sesuatu yang berbeza.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan processor MediaTek Helio P35 SoC, RAM 4 GB serta 64GB ruang storan. Tiga pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, dream blue serta twilight gold.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Xiaomi-Mi-Play

Melalui penawaran telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Play, Xiaomi turut menawarkan pakej internet 10GB sebulan selama setahun. Penawaran ini dilihat sangat berbaloi apabila telefon yang hadir spesifikasi pertengahan ini dijual pada harga RMB 1099 (~RM666) sahaja.

Lebih menarik, penawaran internet yang ditawarkan adalah berkelajuan tinggi menggunakan eSIM. Pengguna masih lagi berpeluang mengakses internet selepas melebihi penggunaan 10GB sebulan. Berbaloi bukan?

Xiaomi-Play-price-specs-Revu-Philippines

Setakat ini, Xiaomi Play dengan penawaran internet ini cuma ditawarkan di China. Agak menarik untuk menyaksikan sekiranya penawaran yang sama dapat diberikan buat pengguna di Malaysia. Kami yakin model ini bakal dijual dengan laris serta menjadi rebutan ramai.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber