Selepas berjaya memasuki pasaran Malaysia dengan jumlah tempahan yang tinggi melalui model Xiaomi Redmi Note 4 pada bulan lepas, Xiaomi Malaysia pada bulan ini komited untuk mengeluarkan sebuah lagi smartphone keluaran mereka iaitu Xiaomi Redmi 4X.

Secara asasnya, Xiaomi Redmi 4X merupakan sebuah smartphone dengan harga yang sedikit rendah berbanding Xiaomi Redmi Note 4. Begitu juga dengan harga dan saiz skrinnya. Dalam pada itu, terdapat beberapa features yang disediakan Xiaomi yang bakal membuatkan para penggunanya tidak kecewa mendapatkan smarphone ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, tidak banyak yang boleh diulas memandangkan Xiaomi Redmi 4X berkongsi rekabentuk yang hampir sama seperti siri Xiaomi Redmi Note 4. Warna-warna seperti hitam, emas dan pink masih lagi menjadi trademark buat Xiaomi pada kali ini begitu juga dengan penggunaan material aluminium.

Melihat daripada rekabentuk, sukar untuk menjangkakan Xiaomi Redmi 4X dijual dengan harga dibawah RM700 memandangkan kebanyakan smartphone pada dengan harga yang hampir sama gagal menawarkan smartphone dengan kualiti yang baik dan premium.

Spesifikasi

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa spesifikasi yang ditawarkan pada Xiaomi Redmi 4X. Untuk pasaran tempatan, cuma satu versi yang ditawarkan dengan penggunaan processor Snapdragon 435, 3GB RAM dan 32 GB ruang storan.

Meskipun menggunakan Snapdragon siri-400, itu tidak menghalang Xiaomi Redmi 4X untuk beraksi dengan cemerlang berdasarkan penggunaan processor jenis terbaru.

 

Dari segi kamera Xiaomi Redmi 4X berjaya menyertakan kamera 13-megapixel dan 5-megapixel di bahagian hadapan. Bukan kamera terbaik anda boleh dapatkan namun sudah memadai untuk dimuatnaik ke laman media sosial pada setiap foto yang diambil.

Berikut merupakan sampel gambar daripada Xiaomi Redmi 4X.

Pekara paling penting pada pendapat kami sebelum mendapatkan Xiaomi Redmi 4X adalah menyemak spesifikasi yang ditawarkan. Hal ini kerana terdapat beberapa spesifikasi yang ditawarkan dengan perbezaan dibahagian processor dan RAM.

Selain itu, pastikan anda mendapatkan smartphone keluaran Xiaomi dengan waranti daripada Xiaomi Malaysia bagi memudahkan proses membaik pulih sekiranya rosak.

Ada Apa Tentang Redmi 4X

Xiaomi Redmi Note 4 mungkin bukanlah smartphone tercanggih atau paling premium memandangkan harga penjualannya juga boleh dikatakan mampu milik dan sesuai untuk majoriti pengguna.

Dalam pada itu, dengan penggunaan material yang baik, sedang dipegang serta penyertaan pengimbas cap jari sudah cukup untuk anda mempertimbangkan mendapatkan smartphone Xiaomi ini.

Golongan yang paling perlukan smartphone ini sudah pastinya mereka yang mahukan ketahanan bateri yang lama. Manakan tidak, dengan saiz smartphone yang kompak beserta skrin bersaiz 5.0-inci ini, Xiaomi berjaya memuatkan bateri dengan saiz 4100mAh. Lebih besar berbanding beberapa smartphone flagship terkemuka.

Xiaomi turut menawarkan beberapa warna menarik khusus buat para pengguna. Berikut merupakan tiga warna yang dikeluarkan Xiaomi buat Xiaomi Redmi 4X. Warna hitam tampil mengancam manakala warna emas tampak elegant pada pendapat kami.

Adakah Xiaomi Redmi 4X berbaloi?

Dari segi harga dan spesifikasi yang ditawarkan, boleh saya katakan Xiaomi Redmi 4X ini merupakan smartphone terbaik anda boleh dapatkan dengan harga dibawah RM700. Sudah cukup baik untuk kegunaan harian serta melayari media sosial tanpa sebarang masalah.

Features paling best bagi pendapat saya haruslah penyediaan bateri yang besar pada Xiaomi Redmi 4X dengan kapasiti 4100mAh. Memang lebih dari cukup untuk pastikan smartphone anda terus hidup selepas 24 jam digunakan sebelum dicas semula.

Jika anda seorang yang merasakan skrin 5.0-inci tidak cukup puas bagi anda, dan mahukan skrin lebih yang besar, spesifikasi yang lebih baik serta mempunyai budget yang extra, kami cadangkan Xiaomi Redmi Note 4. Kedua-duanya berkongsi spesifikasi yang hampir sama kecuali di bahagian processor dan saiz skrin.

Laman pra tempahan bagi Xiaomi Redmi 4X kini dibuka pada hari ini dan anda boleh dapatkan di Lazada dengan harga pembukaan sekitar RM679 sahaja beserta dua pilihan warna menarik. Klik di sini untuk mendapatkan Xiaomi Redmi 4X dengan waranti terus daripada Xiaomi Malaysia.

Sumber