Sudah menjadi suatu kebiasaan dimana rekabentuk smartphone tertiris lebih awal daripada hari pelancaran. Pada kali ini, @donovansung selaku wakil Xiaomi sendiri telah mengumumkan rekabentuk model terbaru daripada Xiaomi iaitu Redmi 5 dan 5 Plus.

Dari segi skrin, Xiaomi Redmi 5 bakal dikeluarkan dengan skrin 5.7-inci manakala Redmi 5 Plus hadir dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 6.0-inci beserta HD+. Menariknya mengenai model terbaru ini, Xiaomi nampaknya telah mula memberi perhatian kepada skrin 18:9 sekaligus memperlihatkan model ini seolah-olah bezelless.

xiaomi-redmi-5-plus-smartphone-announcement-4

xiaomi-redmi-5-plus-smartphone-announcement-3

xiaomi-redmi-5-plus-smartphone-announcement-2

Xiaomi nampaknya masih lagi belum mengeluarkan spesifikasi penuh dan bakal diumumkan sepenuhnya menjelang pelancaran pada 7 Disember 2017 ini. Berdasarkan harga penjualan siri Redmi sebelum ini, para pengguna boleh menjangkakan kedua-dua model ini bakal ditawarkan dengan harga dibawah paras RM800.

Baca lagi: Nokia Tawarkan Smartphone Mampu Milik Dengan Harga Tidak Sampai RM500

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤