Smartphone mid-range kesukaan ramai kini telah hadir dengan model terbaru. Pada tahun lepas, Vocket telah memilih Xiaomi Redmi Note 3 sebagai smartphone terbaik dibawah harga RM1,000 buat anda yang mahukan smartphone dengan saiz skrin besar serta harga yang berpatutan.

Dengan penambaikan dari segi spesifikasi dan material pada kali ini, Xiaomi telah berjaya memperkenalkan Xiaomi Redmi Note 4 yang baru sahaja tiba untuk pasaran Malaysia secara rasmi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, pihak Xiaomi memilih untuk tidak membuat perubahan yang banyak berbanding Xiaomi Redmi Note 3. Penggunaan material premium dipadankan dengan skrin bersaiz 5.5-inci antara membuatkan Xiaomi menjadi pilihan ramai. Seperti model tahun lepas, warna-warna seperti gold, silver dan grey antara yang dibawakan pada Redmi Note 4.

Melihat daripada rekabentuk, sukar untuk menjangkakan Xiaomi Redmi Note 4 dijual dengan harga dibawah RM1,000 memandangkan kebanyakan smartphone pada dengan harga yang hampir sama gagal menawarkan smartphone dengan kualiti yang baik dan premium.

Spesifikasi

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa spesifikasi yang ditawarkan pada Xiaomi Redmi Note 4. Untuk pasaran tempatan, cuma satu versi yang ditawarkan dengan penggunaan processor Snapdragon 625, 3GB RAM dan 32 GB ruang storan.

Meskipun tidak menggunakan Snapdragon siri 800, penggunaan Snapdragon 625 sudah cukup memadai bagi pendapat kami memandangkan cip ini disertakan dengan teknologi penyejukan dimana bakal membuatkan Xiaomi Redmi Note 4 tidak mudah panas. Dari segi prestasi, Snapdragon 625 berjaya untuk menjalankan task harian dengan baik dan lancar.

Pekara paling penting pada pendapat kami sebelum mendapatkan Xiaomi Redmi Note 4 adalah menyemak spesifikasi yang ditawarkan. Hal ini kerana terdapat beberapa spesifikasi yang ditawarkan dengan perbezaan dibahagian processor dan RAM dimana perbezaan ini dibahagian prestasi menjadi punca.

Kamera

Xiaomi Redmi Note 4 mungkin bukanlah smartphone dengan kamera terbaik jika dibandingkan bersama smartphone lain yang mencecah ribuan ringgit. Namun sesuai dengan harganya, kamera 13-megapixel dan 5-megapixel di bahagian hadapan sudah cukup buat anda yang mahu mendapatkan imej yang baik di setiap foto yang diambil.

Berikut merupakan sampel gambar daripada Xiaomi Redmi Note 4

Adakah Xiaomi Redmi Note 4 berbaloi?

Buat anda yang sudah selesa menggunakan smartphone flagship keluaran 2016 ataupun tahun ini, menggunakan smartphone ini mungkin tidak cukup untuk memberi kepuasan buat anda.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari smartphone yang mempunyai saiz skrin yang besar, prestasi yang baik, kapasiti bateri yang mampu bertahan sehingga 2 hari dengan buget dibawah RM800, Xiaomi Redmi Note 4 adalah jawapannya. Sesuatu yang tidak boleh didapati pada jenama lain dengan budget yang sama.

Laman pra tempahan bagi Xiaomi Redmi Note 4 kini dibuka pada hari ini manakala penjualan terbuka bakal bermula pada 16 Mac ini. Anda boleh dapatkan di Lazada dengan harga pembukaan sekitar RM799 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkan Xiaomi Redmi Note 4 dengan warranty daripada Xiaomi Malaysia.