Sekiranya anda seorang yang geek atau pentingkan spesifikasi apabila memilih smartphone Android pastinya anda cukup kenal dengan model processor Snapdragon.

Pada tahun ini, jenama Qualcomm Snapdragon berjaya menawarkan processor terbaik buat beberapa smartphone flagship seperti Snapdragon 830, 831 dan 835 dan dijangkakan trend ini bakal diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Awal pagi ini, Qualcomm telah mengumumkan mereka bakal mengeluarkan sebuah lagi processor terbaru iaitu Snapdragon 845 yang bakal digunakan smartphone keluaran tahun hadapan. Pengfokusan kepada AR dan VR antara yang diutamakan melalui pengeluaran model terbaru Snapdragon ini.

Lebih menarik, Xiaomi diumumkan sebagai jenama pertama yang bakal menggunakan processor daripada Qualcomm ini. Xiaomi setakat ini masih lagi memberi bayangan smartphone model manakah keluaran mereka yang bakal menggunakan processor terbaru ini namun dijangkakan Xiaomi Mi 7 bakal menjadi model yang pertama.

Sumber