Sebut sahaja processor Snapdragon pastinya ramai daripada peminat telefon pintar sudah cukup mengenalinya. Qualcomm melalui siri Snapdragon pada tahun lepas telah mengesahkan Asus dan HP bakal menjadi yang terawal untuk menggunakan processor ini.

Terbaru, Xiaomi mengesahkan mereka bakal mengeluarkan laptop Windows 10 dengan penggunaan processor. Penggunaan processor Snapdragon 835 juga membolehkan Xiaomi menghasilkan laptop dengan kos yang rendah namun kekal berkuasa.

xiaomi-mi-notebook-pro-640×426

Dalam pada itu, dikatakan Apple juga bakal menyertakan processor Apple A10 Fusion di dalam model Apple iMac Pro. Mungkin ini masa hadapan processor telefon pintar untuk memastikan laptop menjadi lebih nipis, berkuasa serta mempunyai 4G LTE.

Sumber