Selain pelancaran Xiaomi Mi Note 2, Xiaomi turut berkongsi sebuah telefon konsep mereka iaitu Xiaomi Mi MIX yang direka oleh Philippe Starck. Menariknya mengenai telefon ini adalah, telefon ini direka dengan paparan 91.7% penuh di bahagian skrin depan menjadikan telefon ini ‘bezelless phone‘.

14567992_10153773251966612_2367647430993783232_n

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, Xiaomi Mi MIX turut dilengkapi dengan skrin sebesar 6.4-inci menjadikan telefon ini Phablet paling besar, moden dan futuristik anda boleh dapatkan. Dari segi spesifikasi, boleh dikatakan Xiaomi Mi MIX dan Mi Note 2 berkongsi spesifikasi yang hampir sama.

Baca lagi: Xiaomi Lancarkan Mi Note 2, Pengganti Terbaik Buat Note 7

Sebuah lagi perkara menarik mengenai Xiaomi Mi MIX adalah perletakan kamera hadapannya. Memandangkan skrin telah merangkumi hampir seluruh muka depan telefon, kamera hadapan Xiaomi Mi MIX telah diletakkan di bahagian bahagian bawah.

Sekali pandang sememangnya rekabentuknya dilihat sangat moden, namun adakah telefon tanpa bezel mampu memberikan keselesaan buat pengguna?

Xiaomi Mi MIX bakal dijual pada harga RMB 3499 (~RM 2152) untuk model RAM 4GB dan 128GB storage manakala model RAM 6GB dan 256 Gigabyte ROM bakal dijual dengan harga RMB 3999 (~RM 2459). Mungkin peminat skrin gergasi bakal menyukai telefon terbaru daripada Xiaomi ini.

14695431_10153773252386612_4935943892232124481_n

14725583_10153773252161612_788282874038965763_n

14681642_10153773254051612_4775224103740494692_n

14666307_10153773253266612_5487013704108388248_n

14690905_10153773252661612_2346847327324495021_n

Sumber