Xiaomi sekali lagi bereksperimen dengan produk keluaran mereka dengan mengeluarkan telefon pintar berkategori phablet yang bersaiz 6.4-inci.

Buat anda yang belum tahu phablet merupakan gabungan perkataan phone dan tablet yang membawa membawa maksud telefon pintar yang mempunyai saiz skrin pertengahan diantara kedua-dua peranti tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadir dengan rekaan yang nipis, iaitu setebal 7.5mm sahaja serta skrin HD Penuh bersaiz 6.44-inci seolah-olah menentapkan Xiaomi Mi Max berada di kelasnya yang tersendiri.

Hadir sebagai phablet bersaiz ini bukanlah yang pertama di dalam arena telefon pintar memandangkan Samsung dan Sony pernah hadir dengan Samsung Mega dan Sony Z Ultra pada sebelum ini namun, Xiaomi berjaya untuk memberi sentuhan dan saingan yang baru untuk siri Phablet ini. Jangan terkejut jika saya katakan telefon bersaiz besar ini mempunyai peminatnya sendiri khususnya mereka yang kerap menggunakan telefon pintar untuk bisnes online.

Seperti telefon pintar terbaru yang lain, Xiaomi Mi Max menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan disokong oleh ROM MIUI iaitu MIUI 8. Dari segi kamera, Mi Max dilengkapi dengan kamera 16 Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF dan kamera hadapan 5 Megapixel f/2.0 dengan fungsi wide angle. Xiaomi Mi Max juga tampil dengan tiga warna klasik buat Xioami iaitu silver, kelabu dan emas.

Bateri sebesar 4850 mAh merupakan salah satu keunikan dan ‘selling point’ buat Mi Max yang pada masa yang sama mempunyai kerangka yang nipis. Untuk pengetahuan anda, bateri 4850 mAH adalah bersamaan dengan 1.5x ganda kapasiti Samsung Galaxy Note 5 dan 2.8x ganda iPhone 6S.

Harga bagi Mi Max bergantung kepada RAM, storan dan cip pemprosesan yang digunakan memandangkan Mi Max hadir dengan tiga variasi yang berbeza. Berikut merupakan anggaran bagi Mi Max apabila mula dijual buat pasaran Malaysia:

Harga anggaran Mi Max:
3GB+32GB, Snapdragon 650 = RMB 1499 (~RM935)
3GB+64GB, Snapdragon 652 = RMB 1699 (~RM1055)
4GB+128GB, Snapdragon 652 = RMB 1999 (~RM1250)

Sumber