Mula diperkenalkan sebagai pengganti model sebelumnya, Xiaomi Mi Band 4 berjaya menjadi antara produk keluaran jenama ini yang laris dijual sejak dilancarkan. Penawaran features serta harganya yang mampu milik antara yang membuatkan Xiaomi Mi Band 4 tampil popular.

Melalui band ini, para pengguna bakal mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kitaran tidur, pengimbas nadi serta status kesihatan. Lebih menarik, model terbaru ini disertakan dengan skrin AMOLED. Dari segi perbezaan, Mi Band 4 hadir dengan saiz skrin yang lebih besar berbanding Mi Band 3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Xiaomi-Mi-Band-4-0-4
Sumber: AKK Net

Mi Band 4 mula ditawarkan di Malaysia secara rasmi dengan harga RM159. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mencari altenatif dengan harga yang lebih rendah anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Band 4 set import dimana ianya ditawarkan dengan harga serendah RM115 sahaja.

Dari segi perbezaan, anda masih lagi menerima spesifikasi yang sama seperti set Global namun tidak disertakan sistem kawalan suara dan NFC. Terdapat juga tatapan untuk mengubah bahasa kepada Bahasa Inggeris.

Xiaomi-Mi-Band-4

Sekiranya anda sedang mencari sebuah band sama ada untuk tujuan kesihatan, fesyen mahupun sebagai jam tangan, mendapatkan Xiaomi Mi Band merupakan pilihan yang berbaloi. Anda bukan sahaja dapat mengetahui masa malah notifikasi daripada telefon pintar anda bakal turut terpapar pada Mi Band anda. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga promosi.