Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Berita baik buat peminat Power Rangers terutamanya peminat ketua kumpulan tersebut, Jason Lee Scott atau Power Rangers Merah. XM Studios bakal mengeluarkan patung Power Rangers yang berketinggian lebih kurang 18 inci iaitu 1:4 daripada saiz asalnya.

Patung yang diperbuat dari cold-cast porcelain dengan beberapa lapisan kemasan yang menampakkan patung tersebut lebih ‘wow’ berbanding rupa asalnya yang ditampilkan dalam siri yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Patung tersebut akan ditampilkan dengan Power Sword di tangan kanannya dan Blade Blaster di tangan kirinya. Paling menarik sekali, kedua-dua belah tangan hero ini boleh ditukar dengan pasangan senjata yang berlainan.

red power rangers1

red power rangers2

Set ini turut disertakan dengan Dragon Dagger dan Power Armer. Dijangkakan set ini boleh didapati dengan harga SGD 990 (RM2,684+-). Tempahan awal boleh dibuat di laman web XM Studios.

red power rangers 4

Sebelum ini peminat guna Lego untuk bina ‘Megazord’ Power Rangers dan hasilnya sangat menarik.

Anda Mungkin Suka