Hampir sebulan selepas dilancarkan di MWC 2018, sudah tiba buat smartphone flagship terbaru daripada Sony ini ditawarkan buat pengguna Malaysia seawal minggu depan.

Melalui model terbaru ini, Sony berharap Sony XZ2 mampu menjadi model yang berpeluang buat syarikat yang semakin dilupakan di dalam arena smartphone ini menjadi pencabar terdekat buat jenama-jenama besar lain seperti Sony, Apple dan Samsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

$ (9)

Sekali imbas, Sony XZ2 masih lagi membawakan gaya dan rekabentuk yang tidak jauh bezanya berbanding model tahun-tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, Sony nampaknya lebih berpihak untuk memberi penekanan buat spesifikasi smartphone berbanding rekaannya.

Dari segi spesifikasi, Sony XZ2 dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 serta digandingkan bersama RAM 4 GB. Melihat kepada processor yang digunakan, kami jangkakan smartphone ini bakal mempunyai kelajuan yang hampir sama sepertimana Samsung Galaxy S9.

143683-phones-news-leaked-xperia-xz2-compact-image-all-but-confirms-a-curved-future-for-sony-image1-wwljxiemcv

Sekiranya anda merupakan peminat jenama Sony atau mahukan smartphone berspesifikasi tinggi, mendapatkan Sony Xperia XZ2 pastinya merupakan pilihan yang tepat.

Penawaran kamera 19-Megapixel dengan teknologi MotionEye, kemampuan unutk merakam video Full HD 960fps serta penambah baik dari segi paparan dan speaker pastinya membuatkan anda berpuas hati dengan smartphone ini.

143688-phones-review-hands-on-sony-xperia-xz2-image2-4vzurxfdmu

Pihak Sony Mobile Malaysia telahpun mengumumkan Sony XZ2 bakal mula dilancarkan di Malaysia pada 22 Mac 2018 ini. Turut dilancarkan bersama adalah model Sony XZ2 Compact yang ditawarkan dengan saiz skrin yang sedikit kecil.

Setakat ini masih belum ada pengumuman harga daripada Sony Mobile Malaysia mengenai harga bagi Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact. Buat peminat Sony, bersediakah anda untuk mendapatkan smartphone flagship terbaru daripada jenama ikonik ini?

Sumber