Disaat hampir kesemua pengeluar yang mengeluarkan smartphone dengan dwi-kamera, Sony pada minggu ini baru sahaja melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Xperia XZ2 Premium yang hadir dengan ciri yang sama.

Untuk pengetahuan anda, Sony baru sahaja melancarkan Sony Xperia XZ2 pada bulan lalu dimana model terbaru ini dilancarkan sebagai model altenatif yang lebih premium dan berspesifikasi tinggi.

Rekabentuk dan skrin

sony-xperia-xz2-premium-stock-1

Dari segi rekaan, tidak banyak perubahan yang dibuat pada bahagian hadapan oleh Sony dimana model ini masih lagi dikekalkan dengan bezel yang tebal.

Pada bahagian belakang pula, Xperia XZ2 Premium dilengkapkan dengan dwi-kamera yang diletakkan dibahagian tengah smartphone ini diikuti dengan fingerprint scanner dibahagian sedikit bawah. Pada kami ianya tampak sangat cool dan sangat mudah untuk dicapai.

Skrin yang disertakan pada Sony XZ2 Premium adalah bersaiz 5.8-inci. Meskipun Sony sedikit lambat dengan trend dwi-kamera, jenama ini sekali lagi berjaya menawarkan skrin dengan resolusi 4K buat para pengguna sekaligus menjadi model ketiga dengan ciri seumpama ini.

Spesifikasi

28C3EE906A61DF26C3A753CCD581B1BAE521E224_size858_w1082_h880

Dari segi spesifikasi, Sony nampaknya mahu memberikan yang terbaik buat model flagship terbaru mereka dengan menyertakan procssor Snapdragon 845, RAM 6 GB beserta ruang storan 64 GB.

Anda juga masih berpeluang menambah ruang storan sedia ada dengan menggunakan memori kad microSD yang mampu menyokong sehingga 400 GB.

Kamera

13_Xperia_XZ2-Premium_Camera_Explosion-980×620

Melalui model ini, Sony nampaknya memberi penekanan yang penuh pada bahagian kamera. Kamera yang disertakan pada model ini adalah hadir dengan sensor 19-megapixel dan 12-megapixel dibahagian belakang. Pada bahagian hadapan, model ini dilengkapkan dengan kamera 13-megapixel.

Apa yang membuatkan Xperia XZ2 Premium unik adalah penawaran rakaman dengan resolusi 4K HDR. Teknologi yang diumumkan ini berjaya menjadikan model ini sebagai yang pertama di dalam sesebuah smartphone.

Buat anda yang kerap mengambil gambar ketika cahaya malap, ini smartphone yang anda perlu dapatkan. Sony turut menyertakan sokongan ISO sehingga 51200 membolehkan anda mendapatkan gambar yang cerah dan jelas meskipun pada waktu malap. Teknologi SteadyShot pula membolehkan anda mendapatkan gambar yang stabil seakan memakai gimbal.

Harga

144194-phones-news-sony-announced-xperia-xz2-premium-with-dual-lens-camera-and-4k-hdr-display-image1-aa5v7jermk

Setakat ini masih belum sebarang tanda harga bagi Sony Xperia XZ2 Premium bagi pasaran Malaysia. Memandangkan Sony Xperia XZ2 dijual pada harga RM3,299, harga yang lebih tinggi bagi model premium ini antara yang dijangkakan.

https://www.youtube.com/watch?v=xKPSaXxvfEQ