Seperti yang kita sedia maklum, Yaashwin Sarawanan dan kumpulan NAMA telah menempa nama ke persada antarabangsa dengan mewakili Malaysia di dalam penyertaan Asia’s Got Talent (AGT) sehingga ke peringkat akhir.

Salah seorang daripada mereka, Yaashwin Sarawanan telah berjaya merangkul gelaran naib juara dalam pertandingan akhir program realiti tersebut yang diadakan di Singapura malam semalam. Manakala, kumpulan NAMA pula tidak berjaya melepasi peringkat seterusnya dalam kelompok awal finalis bersembilan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

asiasgottalent_56619907_170699650495745_8043634694631000880_n

Juara untuk Asia’s Got Talent musim ketiga ini pula telah berjaya dirangkul oleh peserta dari Taiwan, Eric Chien yang telah memukau penonton dan juri dengan muslihat silap mata beliau yang mengagumkan dari jarak dekat.

Walaubagaimanapun, kedua-dua peserta ini mempunyai bakat yang besar dan menakjubkan, lebih-lebih lagi Yaashwin Sarawanan yang merupakan pelajar tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn (2) dengan menerima gelaran “Manusia Kalkulator”.

Gelaran yang diberikan itu sangat bersesuaian dengan kepantasan beliau dalam mengira sehingga membuatkan para juri kagum dengan kepintaran dan bakat beliau. Kepintaran yang ada pada beliau ini adalah berkat dorongan bapa dan atas usaha sendiri dengan mencabar diri untuk menyelesaikan soalan dan menjawab sepantas yang mungkin.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Yaashwin pernah memenangi tempat pertama di Aloha International Abacus&Mental Arithmetic Competition 2017 di Parkroyal Hotel, Kuala Lumpur.

Pencapaian Yaashwin dengan meraih gelaran naib juara dalam Asia’s Got Talent ini telah menjadikan beliau individu Malaysia pertama yang menduduki tangga kedua teratas. Tahniah buat Yaashwin Sarawanan kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.