Syarikat enjin carian Yahoo! Inc akan mula mendekati syarikat-syarikat besar untuk mencari pembida di mana syarikat itu kini dalam proses untuk dijual.

Syarikat seperti Verizon Communications Inc, Comcast Corp dan At&T Inc adalah antara syarikat yang berminat untuk mengambil alih syarikat ini. Bidaan fasa pertama akan bermula dalam jangka masa sebulan dari sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wakil dari Yahoo, Verizon, Comcast dan AT&T tidak memberikan komen lanjut berkenaan perkara ini. Syarikat ekuiti seperti Bain Capital Partners, KKR & Co dan TPG yang turut berminat dalam bidaan ini turut tidak memberi sebarang komen tentang perkara ini.

CEO Yahoo, Marissa Mayer dalam keadaan tertekan kerana berdepan masalah untuk meningkatkan sales syarikat dan keputusannya untuk memecahkan Yahoo dari pegangan USD26 billion dalam Alibaba Group Holding Ltd. Saham Yahoo turun 10 peratus tahun ini selepas turun 34 percent dalam tahun 2015. Syarikat itu kini dinilai sekitar USD28 billion. Nampaknya Yahoo! kini berdepan masalah untuk berlawan secara terus dengan Google. All the best buat Yahoo! Inc kerana sebelum Google, Yahoo adalah enjin carian paling reliable. Pasti ramai pernah layan chat room di Yahoo! Messenger suatu ketika dahulu.

Sumber