Sejak ahli perniagaan terkemuka Datuk SM Faisal SM Nasimuddin didakwa oleh bekas isterinya, Emilia Hanafi, di mana beliau memberi wang nafkah tidak mencukupi, kini Faisal semakin aktif mengemaskini media sosial Instagram yang dibuat khas untuk anak-anaknya.

Terbaharu, beliau memuat naik satu hantaran di Instagram gambar berupa tiga kad kad kredit yang khas untuk kegunaan buat ketiga-tiga anak lelaki kesayangannya.

Baca Juga:

Beliau berharap dengan adanya kad kredit untuk kegunaan dapat memudahkan ketiga-tiga anaknya itu menguruskan perbelanjaan harian mereka.

Kad kredit yang diberikan itu merupakan jenis Maybank Islamic Platinum Master Card, Gold Master Card dan Petronas Visa Platinum.

https://www.instagram.com/p/Cp_l0nKJ4D1/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

“Kepada Fawwaz, Faiz & Farhan yang saya sayangi, ini ada tiga kad kredit, satu untuk digunakan oleh setiap seorang. Ia milik awak semua untuk buat apa yang awak semua mahu, tapi Daddy yakin awak bertiga akan menggunakannya dengan bijak untuk keperluan sekolah, kolej dan peribadi anda semua.

“Sekarang awak semua menguruskan dana masing-masing sendiri. Buat yang terbaik untuk berjimat dan ketepikan sedikit wang untuk pelaburan, sebelum anda berbelanja.

“Jadikan ia satu tabiat yang baik, mulakan dari kecil, dan lakukan setiap minggu. Lama kelamaan, anda akan mempunyai lebih banyak lagi untuk diri sendiri, melabur dan berbelanja dalam apa sahaja yang anda semua mahu atau perlukan,” petik hantaran Instagram yang dipercayai dijaga oleh Faisal.

Dalam pada itu Faisal turut berkongsi kata-kata hikmah daripada pelabur terkemuka dunia, Warren Buffet; jangan simpan apa yang tinggal selepas berbelanja, sebaliknya belanjakan apa yang tinggal selepas menyimpan.

Terdahulu Faisal berkongsi beberapa gambar di mana beliau menghadiahkan kesemua anaknya itu dengan beberapa produk Apple yang terdiri daripada Apple iPhone 14 Pro, iPad, Apple Watch, aksesori-aksesori lain termasuk iPad Magic Keybaord.