Umum ramai mengetahui apabila kita mahu meredah kawasan air tinggi serta deras, kita perlu membawa kenderaan secara perlahan-lahan untu memudahkan kenderaan ‘memotong’ laluan air tersebut.

Baru-baru ini pengguna Facebook berasa geli hati selepas melihat rakaman video sebuah ‘Ativa Indonesia’, gelaran kepada Toyota Raize di pasaran Indonesia, tersangkut semasa memecut cuba melepasi kawasan air deras.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal video itu, Toyota Raize itu kelihatan ‘yakin’ dapat melepasi kawasan air deras itu dengan dipandu dengan laju. Bagaimanapun, apabila kereta itu mula memasuki kawasan air setinggi menutupi tayar, Toyota Raize itu tersangkut tidak boleh bergerak.

Seorang lelaki datang cuba membantu dengan menolak kereta tersebut daripada belakang, namun ia masih lagi tersangkut di tempat yang sama. Semasa perakam video mengalihkan kamera, kelihatan sebuah 4×4 dipercayai model Ford Everest juga tidak bergerak beberapa meter di belakang Toyota Raize itu.

Warganet menyatakan andaikata pemandu cuba bawa perlahan-lahan, Toyota Raize itu mungkin berpeluang untuk melepasi kawasan air deras tersebut.

Tambah orang ramai lagi, disebabkan ketinggian air sehingga menutupi tayar, ditambah pula dengan arus deras menyebabkan kereta itu terus tersangkut, tidak boleh menuju ke hadapan, mahupun undur ke belakang.

Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net
Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net
Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net
Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net
Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pembuli jalan raya yang memiliki 56 saman terdahulu akhirnya telah ditahan polis. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pemandu Toyota Alphard Buli Pengguna Jalan Raya Sudah Ditahan Polis

‘Mana Rasa Malu?’ – Netizen Persoalkan Pemilik Kenderaan Yang Sanggup Tampal Sticker Berunsur Lucah

Sumber