Sekiranya pada tahun lalu, AirAsia melalui waktu yang sukar di mana bisnes penerbangan mereka tidak dapat beroperasi dengan meluas berikutan pandemik COVID-19, tahun ini bakal menyaksikan sinar buat syarikat ini. Kehadiran vaksin serta pertambahan cabang bisnes di bawah rangkaian AirAsia Group membuatkan para pelabur yakin untuk terus melabur di bawah syarikat ini.

Terbaru, Dr Stanley Choi selaku pemegang saham penting syarikat itu menyuarakan keyakinan beliau terdapat AirAsia selepas syarikat ini dilihat mempunyai portfolio perniagaan yang pelbagai. Bukan itu sahaja, memiliki data pelanggan yang banyak sejak 19 tahun menjalankan perniagaan antara yang menjadikan syarikat ini menarik memandangkan data merupakan ’emas’ masa kini.

1e1ad1181c11ec41845d0356d31bc7d6
Sumber: Yahoo News Singapore

Untuk pengetahuan, Dr Stanley Choi adalah pengerusi kepada Head & Shoulders Financial Group dan juga pengerusi dan pengarah eksekutif International Entertainment Corporation yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

Pengalaman beliau selama lebih 20 tahun dalam perkhidmatan kewangan selain transaksi penggabungan dan pengambilalihan membuatkan beliau dipercayai individu ternama di Hong Kong dan juga China.

KAZUHIRO-NOGI-AFP
Sumber: Study International

Selain itu, Tony Fernandes selaku individu penting AirAsia memaklumkan peluang AirAsia untuk kembali bangkit dilihat positif selepas 50% daripada pendapatan mereka terdiri daripada penerbangan dalam negara. Situasi ini dilihat berbeza bagi syarikat-syarikat penerbangan lain khususnya di negara luar.

Setakat artikel ditulis, saham AirAsia berjaya melepasi RM1 dan didagangkan pada harga RM1.04. Melihat kepada keadaan semasa ditambah dengan pertambahan pelaburan pelabur berprofil tinggi, tidak mustahil saham AirAsia akan terus melonjak dalam masa terdekat.

Pada bulan lalu, saham AirAsia dilihat terus melonjak selepas menerima pelaburan besar-besaran daripada pemain poker Hong Kong.

Raih Pelaburan Daripada Pemain Poker Hong Kong, Saham AirAsia Terus Melonjak 16.56%

Rindu Untuk Bercuti? AirAsia Perkenal Pas Asean Unlimited, Kini Anda Boleh Terbang Tanpa Had

Sumber