Pada awal minggu ini, Rusia telah mengumumkan vaksin COVID-19 sekaligus menjadi negara pertama yang mengumumkan vaksin bagi pandemik merbahaya ini.

Pengumuman vaksin COVID-19 yang dinamakan sempena satelit Soviet iaitu Sputnik V nyata menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan orang ramai seluruh dunia termasuk para saintis serta ahli politik.

Komen yang dibuat kebanyakannya disebabkan keberkesanannya setelah mendakwa Rusia tidak mengambil masa yang panjang serta mengikut prosedut dalam menawarkan vaksin.

RUSSIA-PHILIPPINES-DIPLOMACY
Sumber: AFP

Di sebalik pelbagai dakwaan yang dibuat, presiden Filipina, Rodrigo Duterte tampil dengan pendapat berbeza serta mengejutkan orang ramai seluruh dunia apabila menyatakan kesanggupan beliau untuk menjadi tikus makmal terhadap vaksin yang dihasilkan Rusia.

Menurut Duterte yang sudah berusia 75 tahun, beliau sangat yakin dengan keupayaan Rusia dalam menawarkan kesihatan yang lebih baik buat orang ramai sekaligus tidak skeptikal untuk mencubanya. Cubaan menjadi tikus makmal ini dilihat beliau sebagai salah satu cara beliau membantu orang ramai.

Setakat ini, pihak dari Filipina sudah bersetuju dan sedia untuk menerima vaksin Sputnik V yang bakal dibekalkan oleh pihak Rusia.

Pengumuman vaksin Sputnik V dari Rusia nyata menimbulkan ‘kerisauan’ para saintis. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Saintis ‘Risau’ Dengan Keberkesanan Vaksin COVID-19 Yang Dihasilkan Rusia

Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Dijangka Tiba Seawal Setahun Lagi