Benjamin Glynn, seorang warganegara Britain didakwa di mahkamah pada 2 Julai lalu kerana gagal memakai pelitup muka tanpa alasan yang munasabah. Dia juga didakwa mencetuskan gangguan kepada orang ramai dan menggunakan kata-kata yang mengancam terhadap pihak berkuasa.

Di Singapura, sesiapa yang disabitkan atas kesalahan mengganggu ketenteraman orang awam akan dikenakan hukuman penjara hingga tiga bulan, denda hingga SG$ 2,000 atau kedua-duanya sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seseorang yang melanggar Peraturan Covid-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020 boleh dikenakan denda hingga SG$ 10,000, hukuman penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi mereka yang didapati bersalah menggunakan kata-kata yang mengancam terhadap pihak berkuasa pula boleh dikenakan denda hingga SG$ 5,000, penjara hingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Tular di luar negara

Kes yang dilihat kecil ini nampaknya mendapat liputan meluas di luar negara apabila sebahagian teman-teman Glynn telah berjaya mengumpul SG$ 50,000 untuk Glynn yang akan menghadapi dakwaan salah laku di mahkamah Singapura. Disebabkan kes tidak pakai pelitup muka ini, Singapura juga telah dilabel sebagai ‘rejim dengan undang-undang yang menindas’ oleh warganegara Britain.

Memetik laporan berita Mothership.sg, satu hantaran panjang yang dimuat naik di Facebook dipercayai teman kepada Glynn iaitu Jonathan Pollock telah mula menular. Kemas kini Pollock yang telah dipadam itu mendakwa bahawa saat ini Glynn berada di bawah rejim Singapura yang kejam dan ditahan secara tidak adil serta ganas oleh polis Singapura.

211500803_3070521306502069_2210829079332115291_n

Tambah Pollock lagi, dia menuduh warga Singapura sengaja menekan Glynn yang ‘menggunakan hak asasi manusia untuk bebas bergerak tanpa pelitup muka’. Pollock juga menuduh warga Singapura telah menghina dan mengancam Glynn sehingga dia takut untuk keluar berada di khalayak ramai.

Untuk rekod, pada 7 Mei lalu Glynn telah dirakam tidak memakai pelitup muka di stesen kereta api di East West Line. Glynn juga telah mengancam untuk mencederakan pihak polis yang muncul di kediamannya pada 9 Mei, dua hari setelah video tersebut tular.

Dipercayai mabuk, lelaki ini dibelasah pekerja pasar raya kerana tidak memakai pelitup muka. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dipercayai Mabuk, Lelaki Ini Dibelasah Pekerja Pasar Raya Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka