Di saat jumlah kes COVID-19 mencecah 13 juta dimana hampir 600,000 mangsa meninggal dunia, masih terdapat lagi individu yang masih belum percaya dengan kehadiran wabak merbahaya ini sekaligus turut menjadi mangsa. Ironinya, situasi ini berlaku di Amerika Syarikat selaku negara dengan kes COVID-19 tertinggi di dunia.

Semuanya bermula apabila seorang pemuda berusia 30 tahun yang bebas daripada jangkitan COVID-19 telah menyertai parti COVID-19. Berdasarkan laporan, parti ini dinamakan atas nama penyakit disebabkan pengajur parti ini disahkan menghidap wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

House Party

Difahamkan pemilihan pemuda ini untuk menyertai parti ini disebabkan keyakinan beliau dimana penyebaran wabak COVID-19 ini hanyalah sekadar mitos meskipun sudah meragut 135,000 nyawa rakyat di Amerika Syarikat setakat ini. Selain itu, beliau turut yakin dirinya yang masih muda pastinya dapat melawan wabak ini dengan mudah.

Walau bagaimanapun, antibodi beliau nampaknya tidak setinggi keyakinannya apabila beliau dilaporkan terpaksa dibawa ke hospital selepas menghadiri parti COVID-19 ini selepas kandungan oksigen di dalam badan semakin berkurangan sekaligus membuatkan badan beliau semakin lemah.

Difahamkan mangsa sempat sempat memaklumkan kepada jururawat terdekat dengan pengakuan beliau baru sedar beliau telah melakukan kesilapan. Siapa sangka pengakuan ini menjadi saksi sebelum beliau disahkan meninggal dunia.

Amerika Syarikat dilaporkan sudah bersedia membuka semula Disney World meskipun mencatat 60,000 kes sehari.

Catat Lebih 60,000 Kes Sehari, Amerika Syarikat Sedia Buka Semula Disney World

Pesakit COVID-19 Di Bangladesh Lebih Rela ‘Mati Di Rumah’ Berbanding Tinggal Di Hospital

Sumber