Motosikal model Yamaha 135LC merupakan salah satu model yang ‘hot’ dan menjadi rebutan bagi penunggang motosikal tempatan semenjak dilancarkan di negara Malaysia dari tahun 2006 lagi.

Baru-baru ini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menawarkan model Yamaha 135 LC tahun 2021 dengan 4 warna dan rekacorak baru yang semestinya membuatkan anda kelihatan lebih bergaya dan menyerlah apabila menunggangnya.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

4 warna yang telah ditawarkan ialah Stealth Gold (Special Edition), Fiery Red, Yamaha Blue dan Cyan Metallic.

vocket-yamaha-135lc-2021-Stealth-Gold

Stealth Gold (Special Edition)

vocket-yamaha-135lc-2021-Fiery-Red

Fiery Red

vocket-yamaha-135lc-2021-Yamaha-Blue

Yamaha Blue

vocket-yamaha-135lc-2021-Cyan-Blue

Cyan Metallic

Yamaha 135LC 2021 dikuasakan dengan enjin berkapasiti 134cc yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 12.14PS (8.93kW) @ 8,500rpm dengan tork maksimum 11.79Nm @ 5,500rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan bersama dengan kotak gear rotary type 4-speed.

Harga jualan yang diumumkan oleh HLYM  untuk model asas adalah sama seperti model sebelumnya iaitu RM6,868.00 untuk pilihan warna Standard. Manakala untuk versi Special Edition pula berharga RM 7,118.00.  Harga-harga tersebut tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Lebih menarik lagi, HLYM turut menghadiahkan kunci cakera Yamaha secara percuma yang bernilai RM100.00 bagi setiap pembelian bagi mana-mana model terbaru ini.

Jadi bagi peminat-peminat Yamaha 135LC apa tunggu lagi? Kunjungi lokasi pengedar-pengedar sah Yamaha yang terdekat untuk melihat model terbaru ini segera. Jangan berebut dan patuhi SOP yang telah ditetapkan walaupun kami tahu anda semua sangat teruja untuk menjadi orang yang terawal untuk mendapatkan Yamaha 135LC 2021.

Mungkin akan lebih banyak lagi pelancaran-pelancaran Yamaha model baru yang akan diperkenalkan sepanjang tahun ini. Lihat model-model yang pernah dilancarkan pada tahun-tahun lalu.

Yamaha ‘XSR 155’ 2019 Dilancarkan Di Thailand Pada Harga RM12,000

Yamaha ‘Ultraman’ Y15ZR Edisi Terhad Bakal Dijual Dengan Harga RM12,688

Yamaha Y15ZR V2 Bakal Dijual Dengan Harga RM8,168

Anda Mungkin Suka