Tahun hadapan Yamaha NVX 155 bakal hadir dengan pilihan warna yang baru iaitu Race Blu, Fiery Red dan Active Yellow dan anda boleh menempah di pengedar sah Yamaha bermula pertengahan Disember ini.

Yamaha-NVX-2019-Yellow-BM-2-850×794 Yamaha-NVX-2019-Blue-BM-1-850×549 Yamaha-NVX-2019-Red-BM-2-850×799

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yamaha NVX 155 ini mempunyai asas yang sama seperti Yahama NMax, ianya menggunakan enjin 155cc, silinder tunggal dengan janaan kuasa sebanyak 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 14.4 Nm tork pada 6,000 rpm. Enjin dengan variable valve actuation (VVA) motor tersebut menggunakan sistem EFI dengan kotak gear CVT untuk menyalurkan kuasa.

NVX model baharu ini diperbaharui dengan penggunaan absorber dengan ‘tabung’ simpanan untuk memperbaiki prestasi serapan di bahagian belakang manakala pada bahagian depan pula ianya menggunakan fork teleskopik biasa.

Yamaha NVX 155 ini mempunyai kapasiti ruang simpanan sebanyak 25 liter yang terletak di bawah tempat duduk dan mempunyai slot USB untuk memudahkan pengguna mengecas gadjet yang anda.

Yamaha-NVX-2019-Blue-BM-3-850×1133 Yamaha-NVX-2019-Blue-BM-2-850×731Yamaha-NVX-2019-Blue-BM-6

Apa yang menarik pada model terbaru ini adalah ianya menggunakan LCD backlight pada paparan instrument utama, serta ciri bukaan tempat duduk dan penutup tangki minyak yang menggunakan remote serta penghidupan enjin tanpa kunci.

Model Yamaha terbaru ini mempunyai kadar harga yang ditetapkan sebanyak RM9,906 dan bagi versi MotoGP Edition pula akan dijual dengan harga RM10,606.

Sumber