Thailand merupakan antara pasaran motosikal terbesar di Asia Tenggara. Semalam, secara rasminya Yamaha Thailand melancarkan model terbaru mereka, XSR 155 yang akan berada di pasaran Thailand pada harga THB91,500 (~RM12,363).

Model XSR ini menampilkan rekaan yang sporty dan sangat sesuai dengan trend cafe racer pada ketika ini yang dapat menarik minat golongan muda. Tidak perlu ‘kacau’ apa-apa, model ini sudah menawan walaupun dalam keadaaan stock.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Yamaha New Category,XSR155 Release On Thailand ,Price Start 91500Thai(Rm12708)#Yamaha #XSR155 #Alaimotorsport #Jb #Yamahashop

Posted by ALAI Motorsport & Accessories on Friday, 16 August 2019

Model ini akan dikuasakan enjin 155cc dan hadir dengan sisem VVA (Variable Valve Actuation) untuk kuasa yang lebih disamping menjimatkan penggunaan minyak.

Jika tiada masalah, kemungkinan besar motosikal ini mungkin dibawa masuk ke pasaran Malaysia menjelang tahun 2020. Kami tahu, pasti ramai yang jatuh cinta dengan model ini.

Anda Mungkin Suka