Yamaha XV950 adalah model ala cafe racer dari Yamaha. Walaupun sudah berada di pasaran sejak tahun lepas lagi, jarang nampak motor ini di atas jalan raya. Kini tidak lagi masalah untuk mendapatkan motor ini kerana Hong Leong Yamaha Motor sudah membawa masuk lebih banyak model Yamaha XV950 Café Racer ini yang diimpot sepenuhnya (CBU). XV950 warna kuning ini adalah versi edisi khas ‘Yamaha’s 60th Anniversary’.

XV950 Racer memang disasarkan untuk penunggang dan peminat motosikal kuasa besar dengan gaya cafe racer. Walaupun dalam keadaan stock, motor ini sudah mempunyai rupa paras yang menawan. Jika ‘dibikin’ lagi motosikal ini dengan citarasa anda, pasti lebih ranggi dan garang.

Dengan enjin V-kembar 2-silinder 942CC, 4-stroke dan sistem air-cooled, motosikal ini pasti menyusur laju di atas jalan raya. Anda boleh baca review motosikal ini di sini. Jika anda suka, boleh dapatkan motosikal ini di showroom Yamaha pada harga RM55,000.

2016-Yamaha-XV950CR-EU-60th-Anniversary-Action-003

2016-Yamaha-XV950CR-EU-60th-Anniversary-Action-005

2016-Yamaha-XV950CR-EU-60th-Anniversary-Static-003

2016-Yamaha-XV950CR-EU-60th-Anniversary-Static-004

2016-Yamaha-XV950CR-EU-60th-Anniversary-Static-020

Sumber