Pastinya tidak asing lagi bagi rakyat di negara ini dengan salah satu model motosikal yang sangat popular di kalangan orang muda ketika ini. Model motosikal jenama Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali ramai dengan nama ‘Y Suku’ sememangnya menjadi kegilaan ramai sejak pada awal pengeluarannya lagi.

Berita baik buat anda yang meminati model motosikal ini kerana Petronas telah mengadakan Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019  yang berlangsung kini sehingga 30 September 2019 . Dalam peraduan yang diadakan ini, Petronas telah menyediakan sebuah Y15ZR sebagai salah satu daripada hadiah-hadiah peraduan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

yamaha-y15zr-petronas-01

Apa yang lagi menariknya, selain daripada Y15ZR, terdapat juga Yamaha R6 edisi pasukan MotoGP PETRONAS YAMAHA SRT yang telah dijadikan sebagai hadiah utama dalam peraduan ini.

Untuk memenangi peraduan ini mudah sahaja, anda hanya perlu membuat pembelian minimum RM25 untuk mana-mana produk PETRONAS Sprinta dan menjawab satu soalan mudah serta maklumat diri ke nombor whatsapp yang terdapat pada resit pembelian anda. Peringatan buat anda sekali lagi, resit pembelian perlulah disimpan untuk dijadikan bukti sekiranya anda terpilih sebagai pemenang peraduan ini.

press-release-sprinta-launch-mobile-service-workshop-03

Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi salah satu pemenang daripada peraduan yang dianjurkan Petronas dan mencuba nasib untuk memenangi model Y15ZR ini. Y15ZR ini pasti sangat diidamkan ramai orang dek kerana penampilannya yang sangat menarik dan penjualannya yang tidak meluas di kedai-kedai motosikal berhampiran.