Hong Leong Yamaha Motor Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Yamaha Y15ZR V2 untuk pasaran Malaysia di Kejohanan Cub Prix AAM Petronas Malaysia, Jasin Melaka pada 24 Mac, di mana model Yamaha Y15ZR V2 tersebut dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada pertengahan April ini.

Model ini dihasilkan khas dengan ciri-ciri yang terbaharu seperti lampu LED rekaan moden, panel meter jenis LCD, rekaan grafik dan tayar hadapannya yang lebih lebar yang dapat memberikan perjalanan yang lebih selesa buat pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yamaha Y15ZR V2 ini mempunyai empat pilihan warna yang menarik yang boleh didapati iaitu Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey dan harga untuk satu unit model ini masih belum diketahui lagi sehingga pelancarannya pada bulan hadapan.

CC 5 BR 5

SB 5

DG 5

Harga untuk model ini masih dirahsiakan oleh pihak Yamaha. Pihak Hong Leong Yamaha juga menyasarkan jualan 9,000 unit sebulan untuk model terbaru ini. Adakah anda yang bakal jadi pemilik model V2 ini?