Baru-baru ini, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah melancarkan model moped Yamaha Y16ZR 2021 terbaru untuk pasaran Malaysia. Motosikal ini didatangkan dengan dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Grey, Racing Yellow dan Arrow Blue.

Yamaha Y16ZR menggunakan enjin berkapasiti 155cc (single-cylinder, 4-stroke, 4-valve, liquid-cooled, SOHC) dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation). Enjin motosikal moped ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 17.7hp @ 9,500rpm dengan tork maksimum 14.4Nm @ 8,000rpm.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-yamaha-y16zr-2021-2
Sumber Gambar: Mekanika
vocket-yamaha-y16zr-2021-4
Sumber Gambar: Mekanika

Bagi memudahkan penunggang menukar gear, Y167R dilengkapi dengan fungsi Assist & Slipper Clutch yang sama digunakan pada model-model terbaru Yamaha. Motosikal ini menggunakan tuil clutch 10mm lebih pendek berbanding model Y15ZR untuk memberikan pengalaman menunggang yang selesa.

Antara spesifikasi menarik yang ada pada motosikal Yamaha terbaru ini ialah menggunakan tangki minyak 5.4 liter, sistem kunci pintar, dua jenis lampu depan berasingan, lampu belakang LED baru, paparan meter digital dan brake disc dengan kaliper 2-pot baru.

vocket-yamaha-y16zr-2021-5
Sumber Gambar: Mekanika
vocket-yamaha-y16zr-2021-3
Sumber Gambar: Mekanika

Harga asas yang ditawarkan untuk model dinanti-nantikan orang ramai ini bermula RM 10,888.00 dan tidak termasuk kos-kos yang lain. Setiap pembelian 5,000 unit terawal model Y16ZR akan menerima akan menerima cenderahati eksklusif sebuah beg kunci Y16ZR.

Motosikal ini akan mula dijual kepada orang ramai bermula 31 Mac 2021 nanti. Pada masa yang sama HLYM mengesahkan model Yamaha Y15ZR V2 tetap diteruskan jualannya di pasaran Malaysia. Jadi anda mempunyai dua pilihan untuk memilih motosikal yang canggih lagi bergaya.

Pada bulan Januari lalu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. telah melancarkan model 135LC 2021. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/yamaha-135lc-2021-hadir-dengan-4-warna-baharu-dijual-rm6868/

Yamaha Y15ZR 2021 Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi?