Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Muhammad V menitahkan untuk membatalkan dua acara rasmi sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda iaitu Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan jamuan teh diraja yang akan diadakan pada 9 September ini di Istana Negara.

Menurut kenyataan dari Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, baginda menitahkan peruntukan perbelanjaan kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada pihak kerajaan dengan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: inpressglobal uitm

Baginda juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana merancang acara-acara rasmi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018.

Pembatalan ini dititahkan oleh baginda kerana keprihatinan baginda terhadap hutang negara walaubagaimanapun acara-acara lain bersempena dengan hari jadi Agong akan diteruskan seperti yang dirancang.