Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah sekali lagi mempamerkan sikap keprihatinan baginda setiap kali bertembung dengan kemalangan di jalan raya.

Hari ini, berlaku dua kemalangan membabitkan kereta berlaku di Cyberjaya dan susur masuk Plaza Tol Mex Putrajaya. Baginda mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi Seri Paduka untuk memeriksa dua kemalangan yang berlaku pagi tadi.

Akaun Instagram Istana Negara, @istana_negara, memuat naik dua buah video dan dua buah gambar yang menunjukkan baginda memeriksa kenderaan tersebut sambil bertanya khabar pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu.

Perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram tersebut telah menerima lebih 27,076 likes daripada netizen.

Di dalam video yang pertama, dapat dilihat Sri Paduka tidak kekok untuk melangkah pembahagi jalan untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan di Cyberjaya membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios, dipercayai terbabas akibat jalan licin.

Menerusi rakaman video kedua pula, baginda turun dari kenderaan untuk bertanya keadaan mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol MEX, membabitkan sebuah kereta Honda City, dipercayai turut terbabas akibat jalan licin. Baginda juga dilihat tidak keberatan untuk bergambar dengan pasangan yang menjadi mangsa kemalangan tersebut.

Menerusi caption di laman Instagram itu, Seri Paduka Baginda menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong perkenan memberi sumbangan peribadi kepada mangsa Taufan Hagibis. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Raja Permaisuri Agong Perkenan Serah Sumbangan Peribadi Buat Mangsa Taufan Hagibis

Anggota Polis Jadi ‘Bidan’ Bantu Wanita Lahirkan Anak Di Dalam Teksi

5 Fakta Menarik Mengenai Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah

Sumber