Sebut sahaja YG Entertainment pastinya anda tahu akan agensi ternama Korea ini yang melahirkan ramai artis ternama Korea Selatan. Berikutan kontroversi yang melibatkan artis di bawah naungan agensi tersebut, Yang Hyun Suk telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pegawai Eksekutif YG Entertainment.

Beliau yang merupakan pengasas kepada YG Entertainment telah mengusahakan agensi tersebut selama 23 tahun, kini telah meletakkan kesemua jawatannya dalam YG Entertainment. Beliau adalah insan penting dalam pembentukan kumpulan superstar Korea Selatan seperti BIGBANG, 2NE1 dan BLACKPINK.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/Chaniiee5/status/1139453194742857728

https://twitter.com/MsKristia/status/1139863480734035969

Kontroversi yang sedang melanda artis-artis naungannya antaranya Seungri (BIGBANG), B.I (iKON) dan Lee Seung Hoon (WINNER) melibatkan skandal seks dan dadah sedikit sebanyak memberi kesan kepada syarikat tersebut. Justeru itu, YG Entertainment telah melantik Hwang Bo Kyung sebagai Pegawai Eksekutif yang baru menggantikan Yang Hyun Suk.