Semua kedai yang menjual nombor ekor di Kedah tidak akan lagi diperbaharui lesen perniagaan mereka oleh majlis tempatan. Kerajaan Kedah akan melarang semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dalam usaha untuk menjadikan negeri itu bebas aktiviti perjudian.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata langkah itu bertujuan “untuk menangani penyakit akibat perjudian”, lapor portal berita Free Malaysia Today. “Ini bagi memastikan Kedah bebas daripada perjudian kerana kita sedia maklum ia telah menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan dan juga tamadun selain mengakibatkan masalah hutang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kerajaan tidak akan beri lesen (baharu), kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang.“ katanya kepada pemberita di Alor Setar selepas membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tambah beliau kagi, selain daripada kesan buruk judi kepada masyarakat, alasan lain disebalik arahan ini adalah dia tidak mahu dipersoal oleh orang ramai. Baginya, selagi beliau mempunyai kuasa untuk mengubah sesuatu perkara yang mudharat, adalah lebih baik dia lakukan sekarang. “Sementara saya ada kuasa, baik saya gunakan,” katanya.

Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri turut merancang untuk menyekat penjualan minuman beralkohol di luar bandar Kedah “di mana permintaan untuk minuman sedemikian adalah rendah”. Beliau memberi jaminan bahawa orang bukan Islam tidak akan terjejas dengan sekatan penjualan arak.

“Kita juga telah berbincang dengan kedai bebas cukai di Langkawi dan kedai lain yang tidak mempunyai lesen, tidak lagi menjual arak secara terbuka untuk menjamin akal fikiran rakyat kita agar kekal waras.”

Lim Guan Eng persoal keputusan Sanusi

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai keputusan Kedah untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan nombor ekor itu adakah bertepatan dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’, lapor Malay Mail.

Lim turut mempersoal keputusan yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah sambil menyatakan bahawa perjudian adalah terhad kepada kumpulan bukan Islam sahaja.

“Orang bukan Islam tidak faham mengapa mereka dilarang apabila mereka menjual kepada orang bukan Islam, bukannya orang Islam, ini apabila orang Islam dilarang mengunjungi kedai ini. Denda boleh dikenakan kepada mereka yang menjual kepada orang Islam, tetapi untuk mengharamkan aktiviti sedemikian akan dilihat sebagai percubaan PAS untuk memaksa nilai ekstremisnya terhadap bukan Islam bertentangan dengan kepelbagaian dan masyarakat majmuk,” katanya.

Lim menyatakan keputusan Kedah itu adalah satu bentuk pelanggaran nilai moral dan menafikan kebebasan memilih golongan orang bukan Islam.

Lim berkata bahawa dengan “membuli minoriti”, Sanusi merasakan bahawa dia boleh meraih faedah politik, sambil menambah bahawa menyasarkan kedai perjudian dan penjualan alkohol adalah taktik politik yang berfaedah untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan negeri Kerajaan Kedah.

Orang ramai tak ikut SOP punca kes positif COVID-19 meningkat di Kedah, kata Menteri Besar. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Orang Ramai Tak Ikut SOP Punca Kes Positif COVID-19 Meningkat Di Kedah, Kata Menteri Besar

Netizen Samakan Kedah Dengan Wakanda Selepas Menteri Besar Umum Temui Mineral Bernilai RM62 Bilion

‘Test Drive’ Ford Raptor Semasa PKP, MB Kedah Dikompaun RM1,500