Nota Editor: Post ini dikongsikan oleh Tuan Ahmad Mukarrami, seorang pegawai bank yang banyak berkongsi tentang tips-tips menguruskan kredit kad dan lain-lain tips kewangan. Anda boleh mengikuti lebih banyak tips daripada beliau melalui #uruskreditkad. Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda satu pandangan baru terhadap baik dan buruk kredit kad.

Cakap tentang kad kredit ni, ramai yang pandang negative. Ingat lagi ketika saya mula-mula menulis tips kredit kad melalui facebook peribadi saya di ‪#‎uruskreditkad‬, ramai juga yang PM saya cakap saya galakkan hutang, ramai yang akan rosak sebab kad kredit, jangan pakai kad kredit nanti makan riba rezeki tak berkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kisah-kisah follower yang tersontot dengan hutang kad kredit jangan cakap lah. Setiap hari tak pernah terlepas dapat PM, dan jumlah yang stuck kad kredit sangat banyak! Ini menunjukkan apakah sudut pandang kita terhadap kad kredit. Kita hanya pandang kad kredit pada namanya. Iaitu tak lebih sekadar kad hutang. Jangankan anda, saya juga dahulu begitu.

KISAH SAYA TERSONTOT KAD KREDIT
Jangan terperanjat kalau saya katakan bahawa apa yang saya kisahkan dalam posting saya dalam facebook sebenarnya kebanyakkannya adalah kisah saya sendiri dan kisah sama dialami oleh rakan saya.
Kisah dahulu lah.

Tapi patten nya sama sahaja bagaimana mula nak stuck kad kredit :

  • Kisah tersontot kad kredit sebab swipe sana sini tak pernah tengok statement
  • Bila tak cukup duit bulan-bulan buat cash advance
  • Kisah nak beli semua benda nampak murah sebab dengan beli dengan installment
  • Pandai sikit Balance Transfer habis buat balance transfer sana sini
  • Kisah bayar minimum saja kad kredit setiap bulan bila dah mula tak mampu
  • Bila dah stuck tak mampu bayar minimum pun, saya buat PF untuk selesaikan hutang kad kredit
  • Tahun depan buat lagi proses sama lagi, lagi dan lagi.

Akhirnya hutang PF mencecah ratusan ribu ringgit. Dapat duit lebih, bonus, part time semua tak dapat nak merasa dek kerana hutang yang dah terkumpul beberapa tahun tanpa disedari. Barulah terfikir dalam benak fikiran saya. Sampai bila aku nak begini..jadi hamba hutang sana sini.

o-WORRY-facebook

EXIT PLAN
Kerja di bank tak menjamin anda akan terlepas beban hutang melampau. Lagi teruk bila tahu banyak ilmu. llmu ini bila-bila boleh disalah guna dan dimanipulasi sana sini untuk dapat hutang lebih. So back to the track, semuanya kena berubah :

  • Limit kad kredit kena dihadkan
  • Belanja tak penting semua dengam cash
  • Gunakan teknik langsai hutang kad kredit semaksima mungkin
  • Kerja lebih sana-sini, duit lebih bayar kad kredit
  • Gali-gali dan gali ilmu kad kredit dan urus kewangan

Banyak pengorbanan nak langsai hutang sebenarnya. Bukan gaji saja tau. Kalau anda fikir nak selesaikan hutang dengan gaji sahaja, anda silap. Ia memerlukan lebih dari gaji :

  • Disiplin tinggi dalam berbelanja
  • Komitmen 150% nak langsai hutang
  • Kerja keras nak dapat pendapatan lebih
  • Ilmu kewangan yang betul
  • Budget kewangan yang lengkap

Dan yang paling penting, kurang alasan, kurangkan alasan, kurangkan terus beralasan.

ILMU KEWANGAN SAJA TAK CUKUP
Tapi yang lebih penting, komitmen anda untuk selesaikan hutang dan kewangan anda. Disiplin dan tanggungjawab bila pakai kad kredit. Kad kredit tak salah. Sama seperti Personal Financing dan alat kewangan lain.

Saya dah lihat ramai yang buat untung dengan mengambil advantage dengan kad kredit :

  • Ada yang untung 3-4x ganda berniaga dengan bantuan kad kredit. Dapat hutang sampai 50 hari kan. Pembekal pon susah nak bagi tu.
  • Ramai juga yang gunakan kad kredit untuk membantu mereka beli rumah. Tak cukup modal bayar deposit boleh kumpul modal guna kad kredit untuk beli rumah.
  • Tak kurang juga yang rajin travelling, maksimum kan kad sepenuhya, kumpul point dan airmiles siap boleh beli tiket percuma untuk melancong lagi.
  • Itu belum masuk yang dapat TV percuma, Smartphone percuma, voucher minyak percuma setiap tahun belanja baju raya dari voucher kad kredit.

Ditangan yang betul, anda boleh dapat sejuta manfaat. Ditangan yang lain, ia boleh mengundang bala. Jangan salahkan alat kewangan kalau tersontot. Tuntut ilmu kewangan dan pengurusan kad kredit dengan betul. Dan yang paling penting sekali disiplinkan diri bila guna. Baca status saya terdahulu berkaitan kad kredit di #uruskreditkad.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram