Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran ATM.

Kemahiran yang bakal ditekankan itu adalah dalam industri pengujian tanpa musnah (Skilled Personnel Program in Non Destructive Testing) menerusi Program Latihan Kemahiran Anak ATM & Veteran ATM (LAKSAMANA).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk makluman, Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali dengan Non-Destructive Testing (NDT) adalah proses pemeriksaan, pengujian, atau penilaian bahan-bahan, komponen atau perbezaan dalam ciri-ciri tanpa memusnahkan mana-mana bahagian atau sistem. Kaedah NDT menjadi industri pilihan kerana tidak merosakkan komponen yang akan menyebabkan bahaya.

Program tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Industri Pertahanan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam industri NDT yang mampu memberi nilai tambah berganda seiring dengan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) Negara.

Memorandum ini ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman disaksikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YLTAT, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Pengerusi Bersama (Kerajaan) MIGHT, YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid.

Pemeteraian kerjasama antara Yayasan LTAT dan MIGHT ini adalah selama dua tahun, iaitu dari 2023 sehingga 2025 ini dianggarkan bakal memberi manfaat kepada seramai 100 penerima manfaat.

Antara aspek kerjasama yang akan ditumpukan menerusi pemeteraian MoU antara Yayasan LTAT dan MIGHT termasuk menyediakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan memberikan sijil di bawah pensijilan Personnel Certification Scheme (ICPS) serta menawarkan laluan kerjaya yang kompetitif kepada penerima manfaat di 42 syarikat yang dipilih.